Advertiser

Khamis, 12 Mei 2011

Jeritan Nuraniku

Seindah sang suria terbit menyinari di segenap pelusuk bumi, hatiku mula berkata, ‘Andai ku bisa terbang bebas di udara itu, akan ku pergi ke mana jua yang aku ingini. Andai ku bisa berenang di lautan ini, akan ku pergi ke tengah lautan ini untuk menyelami hingga ke dasarnya. Sehingga tenangnya hatiku, tanpa rasa kecewa.’ Namun, aku adalah diriku yang diciptakan ada kekurangan serta kelebihan yang tersendiri. Bahkan jiwa ku meronta menginginkan keadilan. Dimanakah semua itu ? Adakah aku tersilap pandang dek kerana kealpaan diri ?

Mereka mampu berkata apa yang mereka suka. Namun, mampukah hati kita terus bertahan dengan semua kata-katanya ? Kita insan biasa, yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Sebesar mana kesalahan yang kita lakukan, adakah kita sedar akan semua itu ? Manusiawi dunia inginkan segalanya. Tidak terlepas dari kebendaan serta kerohanian. Secara fisiologinya, kebendaan amat meluas berbanding kerohanian. Inikah yang kita perlukan buat bekalan di masa akan datang?

Hatiku mulai di mamah luka. Dan lukanya kian menikam jiwa. Hanya diri mampu merubah. Bahkan mengekalkan kezahirannya agar jiwa tidak punah di telan masa. Tiada titik noktah dapat dicari melainkan ajal menjemput diri untuk pulang ke pangkuan-Nya. Masihkah ada harapan yang di tempatkan untuk kita kembali bersama-Nya ? Wallahualam. Itu tugasnya. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang bakal menentukan segala-galanya.



2 ulasan:

  1. dan pernah diberitahu oleh ayahku akan pesan rasul...akan siapa yg mengingati hari mati mereka maka merakalah antara manusia yg bijaksana

    BalasPadam
  2. thnx skaar.. insyaAllah, mudah-mudahan..

    BalasPadam