Advertiser

Rabu, 30 Mac 2011

New Recipe ~ Bubur Petola by Dya Ina ( ILY n IMY )


Assalamualaikum w.t.t
Kali ni Ina nak kongsi 1 benda baru yang Dya Ina cipta berdasarkan apa yang Ina Faham & Tahu..
Mula terciptanya disebabkan perut Ina yang rasa lapar nak makan bubur..
Kebetulan pula hari ini, (30 Marnh 2011- Rabu)
Kelas Ina dibatalkan diatas sebab-sebab tertentu oleh pensyarah Ina.
Ina bingung la bangun pagi-pagi tapi tak ada apa nak buat.
Tiba-tiba perut ni rasa lapar & nak makan bubur.
~sebenarnya, kelas ada ke tak ada ke, nafsu makan Ina memang membuak-buak~
hihi..(" ,)
Kenapa bubur petola?
Sebab, 
Ina memang nak buat bubur petola hasil dari cucuk tanam emak Pinky.
Ala.. Petola yang sangat unik dan besar itu la dalam cerita Ina
"Cerita Disebalik Baju Pengakap"
Guna sumber yang ada untuk dijadikan bahan-bahan..
Oklah..
Ina kongsi semuanya disini ya..
So, Tiada Rahsia Di Antara Kita..
Kih Kih Kih..

Bahan-bahan A:
Beras
Air
(masak sehingga jadi bubur)

Bahan-bahan B:
Bawang merah
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Halia
(di tumbuk ya, jangan kisar,,sebab rasanya tak sama )

Bahan-bahan C:
Garam
Minyak masak
Kentang - potong dadu
Petola- Kisar
Kiub pati ayam - larutkan dengan air panas
Jintan Manis - goreng tanpa minyak & ditimbuk

Cara-cara:
1- Masak bubur nasi dalam 'Rice Cooker'
2- Rendam kentang bersama air panas
3- Panaskan minyak, & tumis bahan B sehingga berbau wangi. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Apabila tumisan bahan B telah naik minyak, tuangkan sedikit air serta kiub pati ayam yang telah dilarutkan. Kemudian, masukkan kentang yang telah direndam dengan air panas serta jintan manis yang telah ditumbuk menjadi serbuk. Biarkan seketika sehingga kentang sebati dengan ramuan.
4- Jika kentang sudah lembut, tuangkan bahan yang telah di tumis ke dalam bubur anda. Kacau bubur sehingga sebati.
5- Kemudian, panaskan minyak untuk menumis Petola.
6- Tumbuk bawang merah dan ikan bilis. Kemudian, tumis sehingga bertukar warna. Kemudian, masukkan sedikit garam. Kacau sehingga warna tumisan anda seperti kekuning-kuningan. Kemudian, barulah anda masukkan petola yang telah dikisar. Masak sehingga kering.
7- Siap. anda sudah boleh menghidangkan bubur Petola anda.




Petua Memasak dari Dya Ina:
1- Hati mesti ceria & tenang.
2- Baca bismilah & selawat nabi ketika mahu masak.
3- Niat memasak adalah ikhlas. Bukan sebab terpaksa.
4- Dalam keadaan yang bersih dan segar cth: sebelum masak tu mestila mandi wangi-wangi dulu. Tempat nak masak kena selesa dengan jiwa.

Haa.. Itulah rahsia Dya Ina..
Ina ni bukan la master sangat dalam masak memasak ni..
Ina watch and learn je..
Read and Understand..
Tak ada cikgu yang tunjuk ajar.
Kadang-kadang mak ke kakak ke masak kat dapur tu, ada la menyibuk sikit..

Tapi kalau ada sesiapa nak kongsi recipe tu, meh la share dengan Ina,
Ina nak jugak tahu.
Tukang masak yang Ina suka tengok masa kecil-kecil dulu tu adalah:
Chef Wann..
Suka sangat tenguk dia membebel sambil memasak.



Ok la..
Ina nak siap-siap g kolej lak..
Ada ko-ko petang karang,,
Nak melantak sebelum g kolej..
Bak kata kakak Ina:
"Membeso kan badan je keje nye.."

Sepi Tanpamu..

Dia kerap menghubungi aku. Sehinnga aku dapat merasa sesuatu yang baru dalam diri aku. Semua gerak geri dirinya sentiasa ku tahu. Kemana dia pergi, apa yang dia sedang lakukan serta dengan siapa dia bersama. Semuanya mudah difahami serta tidak ada syak wansangka buruk. Kehidupannya yang sering membuatkan aku tertawa,menyinari seluruh jiwa ini. Bahkan dia juga sering mengingatkan diri ini kepada kehidupan harian seperti makan,minum,pkaian serta pergaulan. Cara dia menegur amat disenangi walaupun diri ini sering terasa. Namun, aku hanya berfikir yang positif sahaja.

Kemudian, suatu saat dia memberitahu tentang aktiviti yang akan dia lakukan pada hujung minggu ini bakal membuatkan kami terputus hubungan seketika diatas sebab-sebab yang munasabah. Walaupun dia gembira untuk mengikuti aktiviti sebegitu,namun aku tidak mahu berterus terang tentang perasaan diriku kerana ditakuti akan merosakkan MOOD dia untuk bergembira.

Sejurus itu, dia senyap tanpa sepatah kata. Diriku resah gelisah kerana tidak dapat mengetahui segala perkembangan dirinya. Setiap saat diriku di rundung resah gelisah sehingga tidak dapat melelapkan mata dengan tenang. Setiap hari, aku capai telefon bimbit serta mendail nombor telefon dia. Namun, ku hampa dek kerana operater yang seringkali menjawab panggilan ku. Ku runsing serta tidak tahu bagaimana lagi cara yang dapat aku lakukan demi meminta khabar darinya.

Tidak lama kemudian, dia menghubungi aku. Namun, aku tidak dapat menjawab panggilan nya kerana sedang sibuk mejalani kewajipan diri. Setelah selesai kewajipan diriku, aku terus menelefon dia dengan harapan, aku dapat meluahkan segala kerunsingan serta kerinduan diri ini terhadap dirinya. Namun, aku hampa kerana dia masih tidak dapat merasakan apa yang aku rasakan.

Setelah itu, kami kerap berhubung namun, tidak seperti dulu kerana aku mula mencurigai dirinya. Tidak tahu mengapa tiba-tiba aku merasakan seperti ini. Mungkinkah aku terlalu menyanyagi nya atau aku mula melunturkan kepercayaan diriku terhadap dirinya? aku binggung. Aku mula bersikap dingin terhadap dirinya sehingga dia sering menyedari akan perubahan diriku.. Namun ku tepis segalanya agar aku terlepas dari pelbagai persoalannya.

Namun, ianya telah mengundang kemarahan kepada dirinya. Aku faham kerana tidakkan aku yang dingin seperti ini akan membuatkan dirinya berasa marah serta melunturkan kepercayaan nya terhadap diriku pula. Tetapi, aku tiada pilihan lain melainkan berkata bahawa diriku hanyalah baik-baik sahaja.. Aku dapat menyakinkan nya.. namun aku menangis sendiri tanpa kata.

Akhirnya, ku kehabisan kata-kata untuk berbicara bersamanya walaupun hati ini amat merinduinya. Baru aku sedar bahawa aku, tidak mampu hidup tanpanya. Suasana menjadi suram tanpa senyuman yang ikhlas dari aku. Maafkan diri ini kerana membohongi perasaan ku terhadapmu.

Selasa, 29 Mac 2011

Traffic Light Chicken Rice Sg. Choh

Haaa.. ni la video yg Dya Ina kate kan nak share tu.. sila2 lihat.. kih kih kih.. camera murah jew, so, quality x bpe elok laa..

Cerita Disebalik Baju Pengakap


Salam,,
hye and Hollaaaaa.. 
hihihi..
ney nak citer ney..
citer ni berlaku pada hari sabtu 26 march 2011

Begini,,
Bangun pagi masa tu, Yaya + Pinky + Wai tgh discuss ape ntah kan..
Ina malas nak campur sangat.. sbb xtaw citer..
Xlama pastu, 
Pinky tanya Ina,
"Ina, nak ikut x beli Baju Pengakap."
Ina jawab, " Bila nak g bli?"
Masa ni ina xmenjawab soalan tapi ina da bg soalan pulak..
hihi
then Pinky kata, " Pas Pinky siap mandi, kita g la."
Then,ina kate "Ok.."

Then, kitaorg sume siap2 la nak g shopping bju pengakap..
Da petang mase tu..
Kita org g la Rawang,
pusing2 semua kdai yg Pinky tahu ade jual bju Pengakap sampai la malam.
Bila malam da berlarutan,
Wai bg cadangan untuk tidur rumah Pinky kat BUKIT BERUNTUNG..
Then, semua setuju..
Pinky pon da call mak dia kata nak tido sane..

OTW g umah Pinky tu jaoh weyyy..
Then, jaoh jugak dr KTM..
Then, OTW nak ke rumah dia tu sunyi sepi and gelap.. 
Agak seram la bg mereka yg penakut + pengecut tu..
kih kih kih.. (" ,)

Sampai rumah Pinky,
kita owg ingt dpt mkan kampung,,
rupenyer malam tu kiteowg dpt mkanan WESTERN beb..
papew pon,, kenyang la peyot kami selepas tu..
then, kami masuk bilik untuk merehatkan diri SETELAH penat berjalan2..
Baju pengakap???
hehehe,, selesai sudah membeli bju tu..
Then mlm tu Ina tido awl,
tp ina boleh la mendengar Pinky + Wai berbual2
sbb... Ntah laa..
kdg2 ina tido mmg dgr org ckp papew pon..
Then bila dyrg ckp2 ina menyampuk jap..
Dyorg ingat ina NGIGAU..
hahahahaha
pastu ina buka la mate kate,
"Mana dew NGINGAU, Betul la ape yg ina ckp.."
Then, xtau la ape jd,,
then tdo daa semuanyer sampai pgi..

yg best nyer, Pinky + Family dia happy + mesra sgt2..
Syok Ina + Wai mendengarnye..
kih kih kih..
opppsss!!!
Sowy Pinky sbb curi2 dengar..
hehehe
jgn marah ye..

Then, lpas sarapan tu, kami ber4 decide nak kua berSIAR-SIAR.. 
Dapat la jugak hirup udara kampung..
sbb tenang sgt2 kt sana..

haaa.. jom tgk gambar2 kat bwh ney semua nak??
Jum Jum Jum!!

ni la kwsn perumahan PINKY..
Best + Tenang

Yaya + Wai + Pinky

gambar2 kat bawah ney semua OTW nak blik umah Pinky selepas puas melepak kt ats bukit yg tenang + hirup udara yg fresh.





haaa..
kamoo semua jgn dekati ini kawasan ya..
DANGER!!!















































Transport kami adelah AHK 4079 ~ Ahak nama nye..

Pastu kitorg lepak jap kat umh sebelum siap2 nak blik rumah..
ade la beberapa gmbr semasa kat dlm umh lak..
lain cerita nye..


Botol chu chu chapew tue?? 
hurm..


Yaya!!!
Go yaya Go!!











Yg ni adik Pinky yg bongsu!!
Nama nye ZARA..



Then yg Ni Zara bersama Bonda nyer..

Kemudian,
kami pun bersiap2 la untuk balik rumah kami pula..
then, sebelum balik tu,,
mak Pinky offer sayur petola..
then, Ina ok jew menerimanyer..
kami pun dgn terbuka hati untuk menerimanyer..
Inilah petola Gergasi..













penuh bonet keta..

 Ni la cerita disebalik Baju Pengakap..
ttaaaa raaaaa..







Then, mase OTW nak balik tu.. 
kami singgah pula kat kdai
'Traffic Light Chicken Rice Sg. Choh'
Best sgt2..
cube la tgk..
siap ats bumbung tu ade air pancut lagi tu..
siap ade kugiran gitu..
class gitu..
ewahh...






Setelah peyot kami kenyang,
kami pun meneruskan perjalan nak blik umh lak..
Tiba2!!!!
Yaya ternampak 1 iklan kat tepi2 jln..
iklan 
"KATAK JUAL IKAN"
Kita org pelik la npe Yaya ketawe..
Rupe2nyer,,
ayt iklan tu pelik..
seolah2 KATAK tu yg nak JUAL IKAN..
hahahahaha
x caye?
jum tgk bukti nye..


Selesai sudah trip kami 4 sekawan semasa hendak membeli BAJU PENGAKAP>>
Lupe nak inform..
kami 1 rumah adalah PENGAKAP!!!
Yyyeeeaaaaa!!!
leh la g campaign sesame!!!
yaaahhhoooooo!!!

Sekian sudah dari DYA INA dalam CERITA DISEBALIK BAJU PENGAKAP.. (" ,)

P/S: nanti ina share dr You tube video semasa mkn kat kdai nasi aym yg class gitu..