Kamu dan Dia berpisah kerana tidak ada sefahaman lagi juga sukar untuk berinteraksi sehinggalah Kamu berjumpa dengan Aku. Kamu sering berkongsi masalah Kamu tentang si Dia kepadaku. Setiap hari Aku mendengar segala rintihan darimu. Aku hanya menjadi tempat untuk Kamu meluahkan apa yang Kamu tidak dapat memahami tentang situasi Dia.Aku ini hanyalah pendengar setia yang mampu memberi sedikit nasihat serta sedikit pendapat sahaja. Bukanlah pakar dalam bidang memberi nasihat mahupun motivasi cinta.
Tiba-tiba Kamu berkata kepadaku, bahawa Kamu ingin berjumpa dengan Aku di sebuah taman dimana Kami mula-mula bersua muka. Aku hanya berfikir bahawa Kamu masih ingin bercerita tentang Dia kepada Aku. Aku turutkan sahaja permintaan Kamu.
Setibanya Aku di tempat yang dijanjikan, Aku terlihat Kamu dan Dia ada bersama. Aku terfikir,
“Adakah mereka sudah berbaik semula? Alhamdulillah jika Kamu dan Dia sudah boleh bersama semula.”
Aku terus melangkah kearah mereka. Setibanya Aku di sana, mereka saling berpandangan seperti ada yang tidak kena kepada diri Aku. Lalu Aku bertanya kepada mereka,
“Mengapa Kamu melihat Saya sedemikian rupa? Adakah Saya memakai baju yang terbalik atau terkoyak?”
Mereka hanya menggelengkan kepala. Namun, Aku menjadi tanda tanya. Tidak lama kemudian, Dia menceritakan hal yang sebenar-benarnya kepada Aku tentang mereka. Sungguh tidak ku sangka, beginikah dugaan dan cabaran yang harus Aku alami? Mereka bukanlah pasangan kekasih yang hangat bercinta, tetapi mereka adalah pasangan suami dan isteri. Ya Allah. Mengapa Aku tidak bertanya akan hubungan mereka. Tetapi, mengapa Aku harus bertanya, bimbang akan Kamu menyalah tafsirkan apa yang Aku tanya.
Aku hanya mendengar kesemua luahan mereka berdua. Sememangnya mereka tidak sefahaman kerana salah seorang dari mereka tidak dapat menunaikan kewajipan yang telah di janjikan oleh mereka sendiri. Aku cuma mampu memberi cadangan supaya mereka pergi ke rumah kebajikan.
Selang beberapa bulan, Kamu menghubungi Aku lagi mengatakan bahawa mereka sudah di luluskan. Alhamdulillah, Syukur. Tetapi kedengaran suara orang membaca Yassin di kawasannya lalu Aku bertanya kepadanya,
“Mengapa ada suara orang membaca Yassin dan esakkan tangisan?”
Dia hanya berkata,
“Awak, Saya ingin berjumpa dengan Awak. Ada seperkara yang ingin Saya sampaikan.”
Kedengaran seolah-olah amat sirius. Tanpa berkata panjang, Aku terus bertanyakan, dimana dan pukul berapa Kami akan berjumpa. Selepas itu, Aku berhasrat untuk membawa teman agar Aku tidak akan disyak atau difitnah oleh orang sekeliling kerana Kamu adalah suami orang.
Keesokkan harinya, Aku dan Temanku pergi ke tempat yang di janjikan itu. Setibanya Aku di sana, Aku hanya terlihat Kamu bersama seorang Bayi kecil serta membawa segala kelengkapan Bayi tersebut. Aku dan Temanku menghampirinya lalu bertanyakan soal keberadaan isterinya. Kamu hanya terdiam dengan merenung jauh ke jalanraya. Aku memintas renungannya lalu meminta Kamu untuk bercerita apa yang telah berlaku semasa Kamu menghubungi Aku semalam.
Dia bercerita dengan suara yang sayu, dan ceritanya telah ditangisi oleh airmata lelaki yang tidak pernah Aku lihat. Kamu mengeluarkan sepucuk surat dan memberinya kepada Aku. Surat itu jelas tertera nama Aku dengan tulisan yang sangat kemas dan bersih.
‘Assalammualaikum w.t.t.
Nana, ketika awak membaca surat saya sudah semestinya saya tidak berkesempatan untuk bersua muka bersama awak. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada awak kerana awak banyak memberikan nasihat kepada suami saya. Terus terang saya katakan, saya amat terkejut bila melihat perubahan suami saya. Dan kini, dia mampu menerima kenyataan bahawa saya akan pergi meninggalkan dia bersama anak angkatnya.
Nana, bayi yang ada bersama suami saya itulah anak angkat yang pernah awak cadangkan ketika kami berjumpa dengan awak. Namun, saya tidak dapat menjaga bayi itu dalam tempoh yang panjang kerana saya sudah tidak dapat menahan rasa sakit ini. Saya ada satu amanat untuk awak menunaikannya. Saya harap, awak dapat melaksanakannya.
Nana, saya ingin awak bernikah bersama suami saya. Bolehkah awak menunaikan amanat saya ini? Kerana saya amat bimbang jika saya meninggalkan Dia berseorangan bersama bayi tersebut, Dia tidak akan merasa apa yang Dia impikan selama ini. Harap Nana dapat menerima Dia kerana saya hanya mempercayai awak untuk menggantikan tempat saya sebagai seorang isteri buat suami saya.
Disini, saya ada meninggalkan Dia sebentuk cincin yang tidak sempat saya menyarungkan dijari manis awak kepada Dia. Saya ingin bermadu dengan awak tertapi saya tidak berkesempatan. Nana, saya minta maaf kerana permintaan saya ini membuatkan awak jadi kurang selesa. Tetapi, saya ikhlas untuk mengatakannya. Terimalah Dia untuk saya, Nana..
Ikhlas dari,
Suhaila
’
Aku tergamam. Hanya titisan airmata yang membasahi pipiku. Temanku berasa hairan lalu membaca surat tersebut. Aku meminta untuk mendukung bayi tersebut. Ku lihatnya terasa seperti sangat kasihan kerana sekali lagi tidak berpeluang untuk membesar melihat ibu angkatnya. Aku hanya memandang Kamu seolah-olah menginginkan kepastian adakah semua ini benar atau sebuah rekaan. Tetapi, Kamu hanya mengeluarkan sebentuk cincin yang di nyatakan seperti dalam surat tersebut.
Aku pulang ke rumah serta memikirkan amanat Dia kepada Aku. Ianya amat besar dan berat buat diriku. Aku berfikir jawapan yang pasti namun Aku terlewat. Aku menerima panggilan bahawa Kamu telah meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya bersama Bayi tersebut. Aku kesal dan menangis kerana bersalah tidak dapat melaksanakan amanat arwah Suhaila.
Aku bergegas ke tanah perkuburan. Setibanya aku di tanah perkuburan, jenazahnya telah selamat dikebumikan. Aku menghampiri pusaranya. Ku lihat berhampiran bersama pusara Bayi tersebut serta pusara Suhaila. Aku menbaca surah Yassin sehingga tidak dapat menahan rasa sebak didada. Selesai membaca, Aku menyiramkan air mawar ke pusaranya.
‘Suhaila, saya mohon maaf kerana tidak sempat menunaikan amanat awak. Saya kesal atas perbuatan saya yang mengambil masa yang agak lama untuk menentukan keputusan buat diri saya. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Suhaila, maafkan saya sekali lagi kerana tidak dapat berbuat demikian. Semoga awak tenang disisi-Nya. Amin’
sumber gambar diperolehi dari:
Ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena samada yang hidup mahupun yang telah tiada.
Nukilan : Dya Ina
12.30am 10 mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan