Advertiser

Isnin, 23 Mei 2011

1st Info untuk percubaan

Susu Aset Kecantikan & Kesihatan

Susu merupakan satu cairan bergizi berwarna putih yang dihasilkan oleh kelenjar susu mamalia betina. Susu adalah sumber gizi utama bagi bayi sebelum mereka dapat mencerna makanan padat. Susu binatang juga diolah menjadi berbagai produk seperti mentega, yogurt, ais-krim, keju, susu kental manis, dan lain-lainnya untuk keperluan manusia. Susu kambing dan lembu pada kebiasaanya yang menjadi bahan pemprosen produk dipasaran.
Sumber susu bukanlah sekadar dari kambing mahupun lembu sahaja, tetapi terdapat sumber susu lain yang boleh kita ambil. Contohnya susu Kuda ( Equus caballus ), Keldai ( Equus asinus ) ataupun Unta ( Camelus dromedarius ). Sungguhpun begitu, susu bagi jenis haiwan ternakkan seperti ini amatlah sukar untuk dicari. Namun, segala kos untuk membelinya amatlah tinggi. Di Malaysia, hanya mudah memperolehi susu dari haiwan ternakkan seperti kambing dan lembu sahaja.
Tahukah anda bahawa susu yang masih di dalam kelenjar susu merupkan susu yang steril. Jika anda mengeluarkan susu tersebut dan dibiarkan sahaja terdedah, susu itu tidak dijamin steril 100% kerana terdapat banyak faktor yang boleh mengubah khasiatnya. Antaranya ialah dari segi warna, rasa, bau serta bentuk berubah. Susu segar ini mempunyai amfoter iaitu sifat asam dan sifat basa. PH susu segar adalah dalam lingkungan 6,5 hingga 6,7. Apabila pH susu rendah dari 6,5 ianya mungkin mengandungi kolostrum.
Di Malaysia, terdapat pelbagai produk susu dipasaran. Antaranya adalah madian susu bayi, syampu berunsurkan susu, minuman susu rendah lemak dan juga produk kecantikan. Namun, tahukah anda tentang bahan campuran yang telah di campur sewaktu pemprosesan produk tersebut? Pemasturan susu adalah proses memanaskan susu untuk tempoh yang singkat bagi membunuh mikro-organisma yang merbahaya. Kemudian, proses penyejukkan adalah untuk penyimpanan agar tidak mudaah rosak. Tidak dinafikan bahawa susu yang terdapat dipasaran mengandungi vitamin D yang mampu larut didalam lemak prohormon. Kemudian ditambah dengan bahan perasa kemudian keluarlah keluaran susu cokelat, stawberi, jagung dan sebagainya.


Susu juga memiliki banyak fungsi dan manfaat. Ianya juga mampu dikatakan sebagai protein dan kalsium yang tinggi serta vitamin tersendiri. Untuk umur produktif, susu membantu pertumbuhan mereka. Sementara itu, bagi warga emas pula susu membantu menguatkan tulang agar tidak reput. Susu mengandung banyak vitamin dan protein. Oleh sebab itu, setiap orang dianjurkan untuk  meminum susu. Selain daripada itu, susu juga menjadi sumber kecantikan setiap wanita di Malaysia. Mereka mengunakan tenusu yang segar untuk dibuat bahan mandian. Hanya di bancuh dengan air suam sahaja sudah memadai.


Menurut Suriana Ibarahim yang berasal dari Bukit Payong, Marang, Terengganu, beliau mengamalkan mandian susu sejak di alam persekolahannya. Bagi wanita yang berusia lingkungan 40an ini, mandian susu mampu mengekalkan kecantikan mahupun dari dalaman dan luaran. Beliau menekankan bahawa, madian susu yang hangat mampu menenangkan segala perasaan dan juga mengurangkan tekanan dalam hidup beliau sekaligus melancarkan peredaran darah. Sungguhpun begitu, madian ini tidak perlu ditambah dengan bahan campuran yang lain kerana bimbang khasiatkan akan berkurang.
Dipasaran Malaysia, mandian susu mudah diperolehi di kedai-kedai runcit mahupun di salun-salun kecantikan. Terdapat pelbagai susu yang dibungkus dalam bentuk yang unik dan menarik. Tujuannya agar pembeli tertarik untuk membeli produk mereka. Padahal, kandunganya juga mungkin tida bezanya. Ada juga susu yang berbentuk fermentasi yang mudah didapati dimana-mana kedai. Anda dinasihatkan supaya meneliti dahulu kandungan susu sebelum membeli kerana ditakuti akan mengalami kesan sampingan yang tidak diigini berlaku.

*** Ina try buat artikel untuk info susu. If ada yang salah,Ina minta maaf ye. Ina baru belajar dalam menghasilkan sesebuah artikel. Ianya sekadar percubaan pertama. Tak Salah jika kita belajar menghasilkan sesuatu jika ianya baik untuk info semua. Lastly, Ina minta maaf jika ada yang terkurang atau tersalah info. Hope, Ina akan try lagi lepas ni.. Jika ada insan yang berpengalam, komen anda amat dialu-alukan bagi membetulkan mana yang tak kena. TQ pd yg sudi membaca blog Ina.. (" ,) ***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan