Advertiser

Isnin, 26 September 2011

Tali Pinggang Wangi


Cantiknya tali pinggang jenis getah ada berwarna warni dan juga berbau wangi. Menjadi trend remaja zaman sekarang memiliki tali pinggang ini. Menarik dan juga pelik. Namun bagi si pemakai, ianya amat bergaya buat dirinya. Tali pinggang ini boleh didapati dimana-mana sahaja termasuklah di pasar malam atau butik-butik tempatan. Harganya pula amat berpatutan iaitu dalam lingkungan RM 10 hingga mencecah RM 60 sahaja. Ianya juga bergantung kepada kualiti getah itu sendiri. 

Anda boleh juga memilih warna-warna kegemaran insan yang tersayang untuk dijadikan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya mahupun hadiah semata-mata. Ianya bukanlah sesuatu yang sungguh mahal namun ianyanya berbaloi dengan taraf pendapatan anda. Remaja yang masih bersekolah pun masih mampu memilikinya kenapa pula tidak anda yang memiliknya sendiri?

Renung-renungkanlah.. 
 =)
Biru

Hijau

Kelabu

Hitam

Biru Laut

Maroon

Jingga / Oren

Pink

Ungu

Putih

Kuning

Ahad, 25 September 2011

Bini Biniku Gangster


Bini Biniku Gangster dengan Tagline "Lu Langsi Wa Kahwin Lagi" merupakan sebuah filem Aksi Komedi yang bakal menemui penonton pada 22 September 2011 ini di seluruh pawagam berhampiran dengan kawasan anda.

Filem Bini Biniku Gangster dilakonkan oleh pelakon yang tidak asing lagi iaitu Shiaheizy Sam yang pernah merangkul Pelakon Terbaik FFM23 sebagai Herry dan turut dibintangi oleh Yana Samsudin sebagai Manja dan juga Intan Ladyana sebagai Reanna. Filem Bini Biniku Gangster ini dengan durasi 92 Minit arahan Ismail bob Hashim. Sebelum layan Bini Biniku Gangster Full Movie di pawagam mari kita layan Sinopsis dan trailer dahulu.

Sinopsis Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya iaitu Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua-dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Ikuti kesudahan cerita ni di pawagam berhampiran rumah anda ye. Disini tak boleh cerita cerita habis. Nanti tak syookk.. Jom Layan Trailer Filem Bini Biniku Gangster



Selasa, 13 September 2011

Lebaran Tahun ini..


Salam 1 Malaysia buat pembaca blog..
Maaf andai saya agak lambat mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR & BATIN
buat semua umat islam..

Sekiranya saya ada tersalah kata atau terkata yang tidak menyenangkan anda semua,
harap dimaafkan dari pihak saya sendiri..
Baiklah, kali ni saya ingin berkongsi mengenai 
LEBARAN TAHUN INI.

Lebaran kali ini saya ditemani oleh ramai orang,
termasuklah kawan-kawan, keluarga serta saudara mara.
Tidak lupa juga dengan kehadiran insan yang sudi menghadirkan diri ke kampung halaman
untuk menjenguk saya sekerluarga.
TERIMA KASIH
hingga tak terhingga saya ucapakan buat anda semua.

Sebelum saya cuti Raya,
Saya terlalu sibuk dengan aktiviti di kampus saya.
Macam biasalah, 
Bangun pagi-pagi terus siap-siap pergi kelas.
Kali ni jadual kelas saya sungguh padat dari hari ISNIN hingga JUMAAT.
Agak sukar untuk membahagikan jadual yang ada.
Walaubagaimanapun, saya sempat menghadiri jamuan berbuka bersama krew WC Media Creative..
Di Cafe D'Manggis,Kuang..

Disini saya menerima jemputan bersama,
Sharisa Chong, Shasha, Ery Zukhairi, Gaia Adnan, Mizi,Ronna Richie dan juga para pelakon dari WC Media Creative sendiri.
Suasana masa itu, sungguh meriah kerana adanya mereka-mereka yang suka menonjolkan aksi lawaknya.

Sempat juga kami membuat sesi bergambar sesama senndiri.
Dibawah ini saya sudah selitkan 1 keping gambar semasa aktiviti ini berlangsung.
Sila-silalah melihatnya...


LEBARAN INI juga saya menyambut bersama insan yang tersayang.
Selama seminggu saya berhari raya bersama mereka.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sempurna.
Banyak kenangan manis sewaktu saya bersama mereka.
Disini saya sertakan sekeping juga gambar kengan bersama mereka..
Sila-silalah ye..


Akhir kata dari saya,
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
buat para muslimin dan juga muslimat sekalian..