Advertiser

Isnin, 9 Mei 2011

Kucing Bertompok Hijau



Taman yang indah, dipenuhi dengan bunga-bungaan serta kicauan burung yang asyik keriangan. Desiran angin yang mendinginkan bersama awan yang kebiru-biruan. Indah pula dengan tasik yang tenang bak indah ciptaan yang Maha Esa.

Terdengar bunyian cengkerik bak irama muzik yang syahdu. Oh, alangkah bahagianya hidup jika aku menikmati kesemuanya. Setiap insan juga mahukan seperti itu. Itu sudah pasti! Tiba-tiba aku terlihat seekor anak kucing. Comel tetapi agak pelik sedikit kerana aku berasa hairan. Bulunya putih, lembut dan bertompok hijau. Ianya sangat menghairankan buat diriku. Adakah kucing berwarna hijau? Namun, ia sangat comel dan manja. Ku dakap dan ku belai ia hingga ia merasakan aku inilah tuannya. Lalu aku memberinya nama iaitu ILY.

Aku duduk di tepi tasik sambil di temani oleh Ily. Aku merenung jauh ketengah tasik sambil membelai Ily. Ily lena tidur bersama dengkurannya. Aku melihatnya seperti ada sesuatu yang tidak mungkin terjadi pada ku. Tiba-tiba keluar lagu Maher Zain. Aku hairan, mengapa ada lagu Maher Zain? Puas ku menoleh dan mencari kesana kesini tapi tiada apa-apa yang menunjukkan bunyi lagu tersebut. Ily terjun ke dalam tasik lalu ku terjerit,

“Ily!!”

Oh. Rupanya aku bermimpi tetapi mimpi ku sangat pelik. Lagu Maher Zain yang kudengar itu adalah deringan jam lonceng di telefon bimbitku. Argh,sungguh terkejut dibuatnya. Namun, aku terus merasa hairan, mengapakah aku menerima mimpi sebegitu? Adakah itu suatu pentanda yang buruk atau perasaan aku sahaja yang ingin memiliki seekor kucing menjadi teman?

Jenuh aku memikirkannya. Tidak lama kemudian, telefon ku berdering. Aku mengangkatnya dengan rasa mengantuk.

          “Hello..

          “Yang, da bangun ke belum?

          “Belum..

          “Pegi kelas tak ni?

          “Tak tahulah. Badan rasa macam sakit-sakit la.

          “Erm, tak apalah. Ayang rehat la dulu.

          “Abang, tadi ayang mimpi anak kucing.

          “Aik? Apa petandanya tu?

          “Tak tahulah.

          “Penah mimpi ke sebelum ni?

          “Tak.

          “Erm, tak apalah. Rehatlah dulu.

          “Ok.

Aku pun terus menyambung tidur. Jam 7.50 pagi baru aku bergerak dan terus bersiap untuk pergi ke kelas. Namun, aku asyik memikirkan tentang mimpi itu. Mengapa kucing itu bertompok warna hijau? Adakah jenisnya seperti itu? Hairan dan terus merasa hairan. Sehingga kini, ku masih tidak mendapat jawapan buat mimpiku itu. Aku terus membuat kesimpulan bahawa, "Mimpi Hanyalah Mimpi, Ianya Sekadar Mainan Tidur."

1 ulasan:

  1. Sye pon sme mimpi kucng. Tpi brbza skit hjau putih tpi bkan klompok putih ..mcm garis ptih n gris hjau

    BalasPadam