Advertiser

Selasa, 29 Januari 2013

Apa kata...

Assalammualaikum w.t.t

Malam ini sebelum tidur, saya nak menulis sesuatu yang tiada kena mengena untuk masuk Tidur.. Ok macam ini ya. Apa kata awak jika saya melihat tapi tidak memberikan respon untuk awak. Apakah yang awak akan fikirkan? Kalau saya, hurmmmm... Saya tak kata apa-apa, tapi saya buat muka pelik jela.. Kenapa? Sebab, saya yang akan terfikir.. Kenapa awak tengok saya dan tak menegur saya jika saya ada salah. Tapi, jika tiada kesalahan, saya akan fikirkan kenapa awak tengok saya macam tu?

Pucuk pangkalnya, setiap kali kita melihat sesuatu, mestilah memberikan sedikit respon supaya tidak menimbulkan syak wasangka yang tidak baik..

Tepuk dada, Tanya selera.. Selamat malam..
Was salaam..

Isnin, 28 Januari 2013

Assignment Kali ini..

Assalammualaikum w.t.t..
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi berpeluang untuk menulis blog ini.. Kali ni saya kena buat research untuk genetic modification of banana.. Haa.. Bunyi macam susahkan? Tapi apa-apa pun saya mesti submit pada khamis ni (31/01/2013).. By the way, saya baru sambung belajar lagi dalam bidang biotechnology.. Agak mencabar juga la.. Walauapapun, ilmu itu perlu dituntut agar kita lebih berilmu.. Kan?? Hehe..

Hurmmm.. Pasal research saya ni, saya yang pilih organisms Nya.. Saya memilih pisang sebab saya belum pernah dengar pasal GMO of banana.. So, I try my best for find any information about this topic. Hopefully, I will get all the information.. Wish me luck!!

Was salaam..