Assalammualaikum wbt..
Mungkin ini
entry kedua untuk tahun 2015. Ya,, betullah yang kedua. Tapi tak apalah..
It's doesn't matter pun kan?
Entry yang lepas saya cerita pasal
Benci tapi Sayang kan? Hurm.. Ok..
Entry kali ini ada sedikit kelainanlah kot.. Rasanyalah.. Hurm.. Tak tahulah sebab kamu yang membaca. Saya hanya menulis sahaja apa yang saya rasa saya suka tulis.
Tak tahulah macam mana saya nak mula cerita ni. Tapi cerita kali ni macam agak peribadi sikit. Tapi saya cuba untuk public kan cerita ni sebab tak ada sesiapa pun saya berani untuk bercerita. Dan.. Disebabkan itulah saya rasa macam saya nak cerita kat sini. Maklum jelah, inikan diari umum saya. Tak salahkan kalau saya cerita sini? Pada yang tak suka, better jangan bacalah sebab mungkin kamu akan rasa saya yang membuatkan kamu rasa meluat..
Macam ini. Ini cerita tentang hati dan perasaan saya yang saya rasa saya tak pernah share kat mana-mana secara detail dan umum. Mungkin juga saya tak pernah mention nama mana-mana lelaki dalam mana-mana media sosial saya kan? Mungkinlah sebab saya rasa memang tak pernah pun saya mention.
Saya akui. Sejak kebelakangan ini saya sibuk menyelidik kisah-kisah silam Mr Love saya. Kalau nak diikutkan memang tak patut pun saya buat macam tu sebab buat apa saya nak cari tahu semua yang tiada kena mengena dengan kisah saya kan? Tapi bila saya tengok buku nota dia yang saya pernah bagi, dia buat sebagai buku finacial dia. Dia ada selit finacial dia untuk saving kahwin. Saya macam tak percayalah yang dia serious bab kahwin. Ya, memang sebelum ni kami merancang sebuah perkahwinan dan kami berdua sudah pun berjumpa keluarga masing-masing untuk meminta restu atas perhubungan kami berdua.
Saya memang tak jangka dia buat macam tu, and again saya rasa takut pula nak kahwin. Bukan apa, saya fobia dengan kata-kata lelaki yang kata serious mahu menjadikan saya isteri dia tapi akhirnya tak jadi apapun. Putus dihujung perhubungan kerana penipuan dan muncul orang ketiga. Nak buat macam mana, Belum sampai masanya untuk saya mengakhiri zaman bujang ni. Sabar jelah.
Oleh disebabkan itu, saya tergerak hati untuk buat check up secara drastik kat Handphone Mr. Love. First, saya tengok-tengok facebook dia. Daripada facebook dia sahaja saya boleh tahu siapa ex-girlfriends dia. Hihi.. Dia memang ramai special girlfriend dulu. Kalau saya buat rumusan dari apa yang saya baca, life dia dulu macam pantang single terus mengurat girl.
Dari apa yang saya nampak, dulu dia seorang yang jiwang dan terlalu menghargai pasangan sehingga sanggup mention nama-nama ex dia kat mana-mana sahaja laman sosial. Sebab itulah saya tahu semua ex dia..! Hurm.. Lepas saya baca semua tu, saya jadi sedih. Kenapa..?
Sebab saya suka lelaki yang romantik dan suka buat suprise. Senang cerita, full of love from your soul. Huh..!! Speaking hancur lagi nak speaking. Hihi.. Jujur saya tulis sini. Mr Love dulu dengan yang sekarang sangat berbeza. Mungkin agak matang berbanding dahulu. Ya, memang saya akui. Dari penulisan dia pun ada perubahan. Dulu suka tulis short form, sekarang tulis dengan ejaan yang betul dan penuh dan agak matang cara penggunaan bahasa semasa menulis.
Tapi, saya cemburulah dengan ex dia. Penghargaan yang sangat-sangat baik dia buat untuk ex dia. Tapi still tak mampu pertahankan hubungan mereka. Mungkin, tak ada jodoh antara mereka. Kalau jodoh mereka, tak adalah dia kenal saya sekarang ni. Hurm.. Kekasih mana yang tak cemburu bila dapat baca semua tu. Kalau saya masih berperangai lama, mungkin saya dah meroyan tak tentu hala dah masa tu. Alhamdulillah sebab saya mampu kawal perasaan saya masa itu.
At last, malam sebelum tidur. Airmata saya menitis juga dek kerana hal-hal yang saya baca. Agak sedih jugalah perasaan saya. Sebab cemburu dengan apa yang ex dia dapat. Sedangkan, itulah yang saya suka selama ni daripada mana-mana lelaki yang ada hubungan cinta dan hati dengan saya. Ya, saya akuinya. Saya CEMBURU..!!!! Tapi tak boleh salahkan Mr. Love sebab saya yang nak sangat baca. Redhalah dengan apapun perasaan saya selepas itu. Sendiri cari penyakit kan..?
Walauapapun, ada baiknya juga saya baca. Atleast, saya tahu siapa ex dia dulu dan apa yang special pada ex dia mungkin tak ada pada saya. Saya akui, saya tidaklah sehebat ex dia. Boleh dikatakan ex dia dulu semua hot. Saya je yang tak berapa nak hot. Al-maklum je lah, Saya bertudung, mana boleh nak dress up hot hot macam ex dia dulu. Dress up saya macam old fashion sikit. Baju besar-besar, seluar longgar-longgar, muka pun macam makcik makcik je. Saya akui, saya tidaklah secantik mereka yang pernah dia sayangi, cintai. Saya tidaklah mampu memberikan apa yang special untuk Mr. Love. Tapi tak apalah, biarlah saya jadi diri saya yang sebenar. Tak nak berubah kearah lebih sexy.
Lagipun, saya masih lagi mengenali siapa itu Wanita Muslimah dalam diri saya. Ya, saya akui saya masih didalam perubahan untuk menjadi seorang muslimah. Mempelajari adab dan ilmu menjadi seorang muslimah yang berjaya. Agak mencabar juga untuk seseorang itu untuk berubah. Macam-macam penghinaan yang akan diterima. Walau apapun, Mr. Love sentiasa berpesan kepada saya,
" Jangan ambil tahu apa yang orang akan cakap mengenai diri kita dahulu. Dahulu adalah dahulu. Sekarang adalah sekarang. Mereka bercerita hal buruk sebab tak mampu untuk tandingi awak kerana awak masih diatas mereka. Dan kerana awak masih diataslah mereka cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan awak. "
Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan Mr. Love yang sangat positif dalam apa jua masalah dan dugaan yang datang. Terima kasih Mr. Love. Saya tak tahulah macam mana saya nak kata lagi. InsyaAllah, andaikata jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat kita, saya akan cuba menjadi seorang sahabat, cinta hati awak juga seorang isteri yang baik. InsyaAllah. Amiinn..
Saya rasa, saya dah terlalu panjang menulis. Apa kata saya cerita dalam entry lain di hari yang lain pula ye. Kesian pembaca yang membaca, mesti dah bosan dah kan? Baiklah, andai ada jodoh yang panjang juga umur yang panjang, insyaAllah saya akan menulis lagi.
Assalammualaikum..
Salam Jumaat.. (" ,)/"