Advertiser

Selasa, 15 November 2011

Shawl Tutorial by Dya Ina


Make-up & Shawl.. Dimana Dimana

Salam untuk semua pembaca Diary Dya Ina..
ok, Kali ini Ina nak share cara nak make-up & cara pakai shawl.
Make-up yang Ina buat ini memainkan kombinasi 3 warna iaitu, PUTIH, KUNING & HIJAU.
Haa.. Last weekend, Ina dengan housemate Ina pergi bercuti ke Port Dickson.
Ada juga memory masa kat sana. Videonya, akan Ina share selepas ini ye..
Sorry, Iklan jap..
Sebenarnya nak bagi taw..Dalam perjalanan nak balik KL masa tu, tiba-tiba kat kelana Jaya hujan teramatlah lebat sangat. Kawan Ina sampai tak nampak jalan.
So, we all decide nak lepak Giant Kelana Jaya laa..
Then, masa jalan-jalan dalam Giant tu, housemate Ina iaitu Yaya, ternampak satu shawl ni.
Then, Ina pun berkenan nak beli jugak..hehe
So, Shawl yang Ina gayakan dalam video ni, adalah shawl design baru katanya.
Apa lagi.. Ina pakai pun tak tau apa nama style. tp looks nice jugak laa.
So, Ina share la kat korang-korang semua.



Tunggu kemunculan video percutian Dya Ina bersama housemates ke Port Dickson selepas ini..

Makeup Santai

Assalammualaikum w.t.t

Hai,, Agak lama juga tidak menulis atau update blog ini ye.
Al-maklumlah, sibuk dengan aktiviti di kolej dan juga bersama rakan-rakan.
Baiklah, disini Dya Ina ingin berkongsi secara lansung untuk teknik makeup dan juga cara memakai shawl untuk bersantai ke mana-mana sahaja.
Makeup yang tak perlukan banyak warna wal hal, pada kebiasaannya Dya Ina gemar memainkan kombinasi pelbagai warna. tidak pula pada kali ini.
Kemudian, Dya Ina akan menunjukkan cara-cara memakai shawl yang tidak memerlukan sebarang pin untuk di gayakanya.
Jadi, tontonlah Dya Ina di You Tube di bawah ini..

Rabu, 2 November 2011

Gua Di Sebuah Pulau



Ada seorang lelaki. Dia tersesat di sebuah pulau yang tak diketahui. Dia berjalan disekeliling pulau tersebut hingga terjumpa sebuah gua yang mempunyai dua pintu masuk. Dia keliru kerana tidak dapat membuat keputusan untuk masuk mengikuti pintu yang mana satu. Dia duduk di depan pintu gua itu sambil mengira, “1,2,3,4,……..10”. Pada kiraan ke sepuluh, jari telunjuknya menunjukkan pintu disebelah kanan. Kemudian, dia masuk kedalam gua tersebut.

“Eh, gelapnya gua ni.? Apakah sumber makanan yang ada didalam sini ye?” Dia berjalan dan terus berjalan hingga jauh ke dalam. Tiba-tiba ada tiupan angin. “Taufan ka nih? Arrgghhhhhh, larriiiii!!!!!!” Dia berlari meluru keluar dari gua tersebut. Dia berasa hairan tentang keberadaan angin didalam gua tersebut. Kemudian, dia memikirkan untuk cuba memasuki pintu gua yang disebelah kirinya.
“Eh, sejuknya. Kenapa lecak ni? Haa, mungkin ada sumber makanan disini.” Dia meneruskan perjalanannya hingga kedalam. Setibanya didalam gua, dia mendapati ada sebua gerai cendol. “Eh, ada orang jual cendol la. Tapi mana penjualnya ye?” Dia terdiam seketika sampai berfikir, ‘Ini rezeki, dapat free ni.Ahh, kebas je la’. Dia berusaha sedaya upaya untuk mengambil kesemua cendol tersebut. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, dia pun keluar dari gua tersebut.

Dia melihat keadaan gua tersebut lalu berkata, “Ahh, leganya bila dapat korek hidung. Hehe”