Advertiser

Jumaat, 29 Julai 2011

Tukar Niat..

Assalammualaikum W.t.t
Hai, Selamat Malam Semua..
Hurm, ucap selamat malam la sebab sekarang Dya Ina start tulis blog ni pukul 9.01pm dah.
Hehe,
Kenapa tajuk blog kali ni "TUKAR NIAT" ??
Sebab,
Sebelum ni profession Dya Ina adalah Model.
Now, Dya Ina ingin bertukar profession pula.
Nak jadi MUA pula.
Apa itu MUA??
MUA is MakeUp Artist 
Short form tu.
Hurm, Dya Ina terasa puas bila dapat merubah wajah Model and Talent menjadi cantik-cantik.
Seronok rupanya jadi MUA ni.
So. Now Dya Ina ingin meneruskan profession ini sebagai kerja part time Dya Ina.
Hihi..

Disini, Dya Ina ada sertakan beberapa gambar semasa event Gadis Ayu.
Event Gadis Ayu ini di laksanakan oleh fan page Dia Adalah Ina iaitu fan page saya sendiri.
Antara yang terlibat semasa event ini berlangsung :

Dya Ina
Model & Talent - Jaja Sutera, Intan Norazita & Nora Shad
WC Media Creative
Apex Photography

So, silalah lihat hasil kerja daripada collaboration from our team.






Maaflah, gambar sebelum makeup terlupa mau ambil.
Cuma gambar selepas sahaja yang tinggal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya
+6012.792.3190

Terima kasih kerana membaca blog saya ye.

Sabtu, 23 Julai 2011

3 Rasa Cinta Kembali Dihati Pilu

Ku sengaja untuk tidak merahsiakannya,
Kerana ku tahu,,
Dirimu akan tertanya-tanya jika aku merahsiakannya..
Sungguhpun kau tidak menyukai aku,
Namun aku tetap tidak merahsiakan apa-apa darimu..

Kerana ku tahu,
Aku tidak pernah berbohong kepadamu..
Jika aku telah menyakitkanmu,
Tinggalkan aku tanpa beritamu..
Jika kamu mencemburui kehidupan aku,
Aku tidak mampu berbuat demikian,
Kerana aku..
Tidak mengetahui apa yang kau mahukan dalam kehidupanmu..

Mungkin ini yang kau mahukan,
Aku meninggalkan semua yang aku ada demi kau..
Supaya kau boleh merasa selesa dengan perjalanan ini..

Namun,
Adakah kau memikirkan tentang apa yang ku inginkan?
Jawapannya,, TIDAK sama sekali..
Kerana kau merasakan,,
Akulah pesaingan untuk perjuangan ini..

Come on baby,
Semua insan memerlukan ruang masing-masing..
Tidakkah kau memikirkan,
Bahawa aku juga memerlukan ruangan itu?
Untuk melengkapi kehidupan ini.
Sama juga seperti kau yang menginginkan CINTA..
Cinta yang kau rampas dari hatiku.

Aku berserah,
Dan aku merelakan pemergian cinta itu untuk dirimu,
Namun, kau hanya mensia-siakan cinta itu..
Kau tidak menghargai pengorbanaan yang aku lakukan.
Kau hancurkannya tanpa perasaan,
Dan kau biarkannya meminta Cintaku semula..
Apakah ini semua permainan oleh kau?
Yang diciptakan untuk berpisah dan bertemu?

Kata itu,
Aku tidak mempercayainya lagi..
Maafkan aku sekali lagi..

Khamis, 14 Julai 2011

Perasaan Dya Ina??



Serasanya, Dya Ina sudah lama tak update blog yerk? Maaf la ye.. Sekarang Dya Ina tengah FINAL EXAM. Esok paper last la utk semester kali ni. Disini Dya Ina ingin meluahkan sesuatu buat anda yang sudi membaca blog Dya Ina ini.. Nampakkan gambar yang Dya Ina letak kat atas tu? Cuba anda semua rasai apa yang Dya Ina sedang rasakan buat tika dan saat ini.. Ada yang boleh rasainya tak??

Hurm, begini. Sejak akhir-akhir ini, boleh dikatakan semua insan yang pernah menyayangi Dya Ina dulu, sewaktu zaman percintaan dulu la. Semuanya mencari Dya Ina dan berkata," Bila nak khawin? Dengar kata dah tunang?" Huh, ayat mereka-mereka yang bertanya itu agak sinis dan sensitif buat Dya Ina. Mengapa? Sebabnya, dulu Dya Ina memang hendak mendirikan masjid dengan salah seorang daripada insan tersebut, namun,, musnah semuanya. Kerana hal yang Dya Ina nak jadi Model 1 hal, then dia mempunyai buah hati yang lain selain dari Dya Ina,..

Bila sudah terkantoi akan perbuatannya, Dya Ina cuba bertanya dengannya akan situsasi yang sebenar. Namun, Dya Ina tidak mendapat sebarang jawapan darinya, Malah, dia menyepikan dirinya sehinggalah ada suatu ketika itu, buah hatinya add Dya Ina dalam facebook dan bertanya bermacam-macam soalan kepada Dya Ina. Soalannya semua pelik-pelik kerana Dya Ina tidak mengenalinya dengan begitu sempurna. Dya Ina dapat point semasa Dya bercerita mengenai seorang lelaki yang ada kaitan dengan Dya Ina.

Namun, Dya Ina tidak mendedahkan identiti Dya Ina kerana Dya Ina ingin mengetahui apa yang ingin dia ceritakan pada Dya Ina. Akhirnya, dia mengaku bahawa dia sangat mencintai lelaki yang Dya Ina cintai juga. Dia bercerita bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut. Dya Ina terkejut. Namun Dya Ina teruskan jua perbualan kami berdua. Kemudian, dia mengundurkan diri dari perbualan kami. Dya Ina terus menghubungi lelaki tersebut dan bertanyakan soal wanita tersebut. Namun, dia menafikan semuanya.

Huh, susah sangatkah untuk bersikap jujur kepada diriku? Kemudian, Dya Ina mengambil keputusan bahwa menbiarkan dia sahaja yang menghubungi Dya Ina. Dya Ina sangkakan, dia akan menghubungi Dya Ina, tetapi sudah sekian lama dia tidak menghubungi Dya Ina. Hinggalah buah hati kesayangannya 'tag' gambar mereka berpeluk bersama kepada Dya Ina. Dya Ina remove tag tersebut. Dya Ina hanya melihat setiap komen-komen yang tertera. Dya Ina menghubunginya semula untuk meminta kepastian. Namun semuanya hampa. Dia masih mahu merahsiakannya juga.

Kemudian, buah hati kesayangannya menghubungi Dya Ina mengatakan bahawa Dya Ina ini menggangu hubungan mereka. Ok la. Dya Ina hubungi lelaki tersebut dan meminta 'PUTUS' darinya tanpa persetujuan bersama. Berkali-kali dia menghubungi Dya Ina, namun Dya Ina tidak mahu membalasnya kerana Dya Ina tidak mahu merasa sakit dihati. Kemudian, setelah beberapa bulan yang lalu. Dya Ina pulang ke kampung untuk bercuti. Mendengar cerita dan luahan dari emak, tiba-tiba Dya Ina terdengar mak menyebut namanya. Dya Ina hanya mendengarkan sahaja apa yang mahu diceritakan. Berulagkali mak Dya Ina bercerita tentang dirinya yang ingin menghubungi Dya Ina tetapi Dya Ina sendiri tidak mahu membalas.

Selepas mendengar cerita dari emak, Dya Ina terus menghubungi dia dan bertanya. Mengapa mencari Dya Ina lagi sedangkan Dya Ina tahu bahawa dia sudah ada pengganti buat diri Dya Ina sendiri. Namun, dia meminta untuk berjumpa dengan Dya Ina. Pada mulanya, Dya Ina menolak kerana tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Akan tetapi, Dya Ina dipujuk oleh emak supaya berjumpa dengannya. Selang beberapa hari kemudian, Dya Ina pun berjumpa dengannya. Dya Ina dikejutkan dengan cerita yang tak masuk akal. Mengapa dia bercerita mengenai hal yang sudah berlalu.?

Menurut dari ceritanya, wanita yang dikata buah hatinya itu merupakan adik angkat kepada kakaknya kemudian menjadi adik angkatnya. Segala cerita mengenai mereka, Dya Ina hanya mendengar sahaja. Mereka keluar bersama, dan tidak menyangka bahawa adik angkatnya itu menaruh perasaan kepadanya. Katanya, jatuh hati atas sebab perhatiannya terhadap adik angkatnya itu. Dari perbualan itu, Dya Ina terfikir, "Perhatiannya kepada adik angkatnya. Begitu perhatiankah dia kepadanya? Sedangkan aku ini yang jauh, agak jarang sekali mahu berhubungi dan berjumpa. Apatah lagi ingin keluar bersama. Setiap kali Dya Ina pulang ke kampung untuk bercuti, Dya Ina ajak dia untuk keluar bersama, tetapi jarang sangat dapat keluar kerana alasannya yang sibuk bekerja. Jika dia sibuk bekerja, mengapa masih ada masa terluang buat adik angkatnya? hurm.."

Dari hari itu, Dya Ina langsung tidak mempercayai kesemua kata-katanya. Dya Ina nekad untuk tidak mempercayainya lagi sungguhpun dia benar-benar jujur kepada Dya Ina,. Namun, sukar sama sekali untuk mempercayainya lagi. Sehingga ke hari ini dia berterusan menghubungi Dya Ina. Bertanyakan soal Dya Ina. Jika Dya Ina mahu membalasnya, Dya Ina akan mebalasnya dengan baik. Jika tidak, Dya Ina tidak akan membalasnya sehinggalah Dya Ina merasakan soalan yang dia tanya itu berunsurkan kekeluargaan sahaja,.

Namun, Dya Ina terfikir.. Sampai bilakah situasi ini akan berterusan. Mengapa Dya Ina sukar untuk memberi kepercayaan kepadanya lagi. Dan mengapa Dya Ina masih tidak mahu menerimanya semula dalam diri Dya Ina. Adakah Dya Ina kecewa? Hurm.. Dya Ina memohon maaf sekiranya insan yang membaca blog Dya Ina itu, merasakan dirinyalah yang Dya Ina maksud itu. Ini sememangnya Diari Dya Ina yang Dya Ina sendiri sudi berkongsi dengan semua pembaca. Tiada unsur hasat dengki kepada sesiapa pun, Jika itu kebahgian yang dicari, disitulah jalan yang Dya Ina berikan untuknya.

Adakah Dya Ina patut menerimanya atau menerima insan lain lagi? Atau tidak perlu menerima sesiapa? Wahh, itu bunyi macam benar-benar kecewa. Hurm.. Tak apalah, Siapapun jodoh Dya Ina, Dya Ina terima. Perjalanan Dya Ina ini masih panjang lagi. Dya Ina perlu berusaha dan kuat semangat! yes.. Kuat semangat.. Terima kasih juga buat mereka yang sentiasa ada disisi Dya Ina. (" ,)