Advertiser

Sabtu, 31 Disember 2011

Lirik Lagu Aku Pasrah - Yana Samsudin

Tak ku menyangka dan tidakku menduga
Akhirnya engkau yang berubah
Sekelip mata cinta kita terlerai
Di hujani dengan linangan air mata

Mengapa engkau dustai cinta kita
Di mana letaknya janji setia
Yang pernah engkau lafazkan sewaktu dahulu
Ingin terus hidup selamanya bersamaku hingga ke akhirnya

chorus:
Tinggallah aku bersama hati yang pedih
Terpaksalah ku telan segala kepahitan
Sehingga kering air mataku menangis
Bila aku kenangkan nasib yang telah menimpa diriku ini

Biarkanlah ku sendiri meneruskan hidup tanpamu disisi
Ku relakan dikau pergi andai itunya mahumu
Ku menganggap ianya adalah ujian dari-Nya
Tiada jodoh di antara kita

Aku pasrah aku redha dengan apa yang terjadi
Ku doakan agar dikau bahagia
Di sampingnya

Khamis, 29 Disember 2011

Lihatlah dari Mata Hatimu..

Saya tidak cantik sepertinya,
Saya juga tidak pandai sepertinya juga.
Namun saya tahu apa yang awak suka serta tak suka.
Dan saya tahu macam mana nak buat awak gembira.
Tapi, adakah dia tahu cara untuk membuatkan awak gembira?
Dia tahu apa yang awak suka dan apa yang awak tak suka?

Setiap insan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing.
Terpulanglah pada diri awak untuk menilai
Sama ada bunga mawar merah  yang cantik mahupun bunga tahi ayam yang busuk itu..

Ketahuilah..
Bahawa diri kita ini cuma sementara..
Apa yang harus kita kecapi hanya kebahagian dunia dan akhirat.
Segala tingkah serta perilaku akan di pantau oleh-Nya..
Kita ini cumalah manusia biasa..
Yang mampu merancang untuk masa hadapan..

Memilih tidak salah daripada menerimanya..
Namun,
Menerima seadanya adalah satu anugerah yang sukar kita perolehi..
Lihatlah dari Mata Hatimu..

Rabu, 28 Disember 2011

Doa Ku untuk Kami


Assalammualaikum w.t.t


Photo by : Muhd Ridhuan (MetaFora Photography)
Editing: Muhd Ridhuan ( MetaFora Photography)
Make-up: Dya Ina
Model : Dya Ina

Isnin, 5 Disember 2011

Chating and Dating BBM ( BlackBerry Massager)

Suasana waktu itu terlalu banyak guruh serta kilat. Angin bertiup dengan kuat hingga mengakibatkan pintu bilik sebelah berdentam dentum bunyinya. Tiba-tiba....


PING!!
"Syg watpe?"
"Tgh baring2. Takut!! Guruh & kilat byk!!"
"I ade.. =)"
"Hurmm.. Mslhnya mmg takut, bkn wat2 takut! Hurm.. Katne?"
"Kat sblh u la.. Tgh teman u..=)"
"Mane de?? Xde pon??"
"Ada la yunk.."
"Xde.."
"Ce selak simut 2..Ce tgk dlm hati u.."
"Lau ade, i da peluk da.."
"hehehehe"
"Owh, dlm hati yee..."
"Jap lg I dtg xpeluk, siap u."
"Errkkk... Lau x peluk, I kena apa?"
"I Kis U.."
"Ayaikkkkkk.!!!"
"Hurmm... (similey mrh)"
"Mrh ye.. jgn la mrh syg.. nty i lari.. Bru tau"
"Xlaa.. Tgk wyg jom.. Xleh lari2.."
"Bile?"
"Mlm ni.."
"Cte pe nk tgk? Kat mane nak tgk?"
"Cte ape yg best n nak tgk.."
"Puss n Boots...Tp mcm nk tgk Ombak Rindu lagi..Best cte dye.."
"Kat mne yg x penuh lg? Twilight lg best.."
"Xpenah tgk cte tu..Cte tntg pe tu?
"Cite serigala ngn pontoanak 2 laa.. Twilight Saga.."
"Cte seram ke?"
"Xseram pun.. cite action.."
"owh.. ok2.."
"Ce tgk cineleasure the curve ada ksg lg x.."
"Xtaw laa.. P1 da tutup...bab byk guruh.."
"Xda guruh dah.."
"Ade tmpt i.."
"Xda la sayang..Tmpt u dgn i xjauh pun.."
"Ade.. Dlm mimpi..Huhuhu.."
"Geget kang bru tawu.."
"Xdpt... ;p jauh..."
"Xpe2.. jp lg i dtg umh, i ggt u.."
"Xdpt .. xdpt jgkk.."
"Ngade ye.. Kua jap g ye.."
"Ok.. Kul brape?"
"Kul 8 ke.. Nak tgk wyg ke?"
"OK.. Kul 8 nk dtg amik?"
"Yup.."
"Ok.."

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Saya bersiap untuk keluar bersama si dia. Walau bagaimana pun, terdetik hati ini seolah-olah malas nak keluar. Namun, dia menelefon ku bahawa dia sudah sampai di guard house bawah rumah saya, saya pun teruskan jua niat untuk keluar bersamanya. Sepanjang perjalanan, dia asyik menyanyi mengikut liriknya sendiri. Agak lucu melihat telatah dirinya. Ditanyakan kepada saya, mahu makan dimana pun saya tidak mahu menjawab. Malah saya menbiarkan saja untuk dia membuat keputusan.

Sesudah memakir kereta, dia menarik tangan saya untuk di pimpin. Ku ingat sehingga menyeberangi jalan sahaja, tetapi hingga ke sudahnya masih memimpin saya. Sepanjang perjalanan ke sana dan kesini saya cuba melihat dirinya. 'Benarkah dia menyayangi saya?' Kata-kata itu hanya mampu bermain di fikiran saya sahaja. Kami menuju ke salah sebuah kopitiam di e-curve. Memesan makanan serta makan bersama.

Kemudian, kami terus ke destinasi yang di rancang. Iaitu menonton wayang. Pilihan hatinya adalah Twilight Saga. Ok, saya turutinya.. Sesampai sahaja ke kaunter pembelian tiket, saya terkejut kerana dia memilih tajuk movie yang saya suka. Saya hanya tersenyum dan berkata,"Kata tadi nak tengok Twilight? Napa amik Puss and Boots?" Dia hanya menjawab,"Ala, takpelah.. Lain kali boleh tengok.." Hurmm...

Semasa menunggu giliran untuk memasuki pagung wayang, dia cuba duduk di kerusi urut. Saya hanya menemainya di sisinya. Telatahnya seolah-olah tidak merasai tindak balas kerusi tersebut sehinggalah tamat masa 3 minit yang diberikan untuk menerima perkhidnatan mengurut daripada kerusi tersebut. Tidak membuang masa, kami memasuki ke hall yang di tentukan.. Kami duduk dan menonton movie itu dengan gelak dan tawa dari pihak masing-masing.

Sebelumnya, dia memesan kepadaku.. "Jap lagi i nak tidur tau, nanti U ceritakan semula semua ceritanya ye.." Dengan secara automatik tanganku pantas mencubit pinggangnya. Kemudian kami mengalihkan pandangan menerusi cerita yang di siarkan..

********

"Haa.. Tak sempat tidurkan tadi? Best tak cerita dia?"
"Hurm.. Best-best.. Tapi mengantuk dah ni."
"Hurmmm..."

Kemudian, kenangan malam itu hanya seketika itu sahaja. Pesanya supaya saya makan ubat kerana saya sudah selesama. Saya hanya mampu berkata,"Ok,Bos!!" Dia hanya tersenyum dan mencubit pipi saya sahaja.

"Terima kasih untuk segala-galanya.."
"Sama-sama.."
"K,Bye.."
"Bye.."

Ahad, 4 Disember 2011

Serbu Birthday Party Orang..hehe

Assalamualaikum w.t.t
Hai semua!! (0,~)
Ok, Semalam Ina ada sesi fotografi bersama Metafora..
Habis je sesi bergambar-gambar, Ina di pelawa untuk mengikuti mereka ke birthday party client mereka.
So, Ina apa lagi, join jelerrr..

Sampai-sampai di destinasi yang di tuju, Ina tiba-tiba rasa segan.
Tapi, Ina tak cakap pun kat mereka.
Hihi..
Walauapapun, Ina tetap beranikan diri buat rumah tu macam rumah sendiri..
Sebab tuan rumah tu sibuk melayan tetamu yang hadir.
Sungguh meriah majlis itu..

Makanan yang di hidangkan, memang special.
Sedapppp!!!
Tapi Lupa nak amik gambar juadah pada hari tersebut. *sorry yerk*
Banyak sangat belon kat rumah tu.
Seronok Ina.
Macam birthday party Ina plak aek..
hihi
Suasana bertambah ceria bila hadirnya Mr. Clown. 
Ramai yang minta pada Mr.Clown buat pelbagai jenis belon.
Hihi..
Mulanya, Ina nak minta.. 
Tapi Ina segan..
Bila para pengunjung sudah beransur pulang,
Ina pun cuba memberanikan diri untuk meminta belon untuk Ina..
hihi..

Disini ada beberapa gambar Ina sewaktu di majlis tersebut.
Jangan segan-segan untuk tengok yerk..
Gambar di ambil oleh cik Feena..(kawan kepada kumpulan Metafora)




Sekian, Wasalam...