Advertiser

Isnin, 16 Disember 2013

Highness Theraphy Nutraceutical Diet Collagen by Hayat Beauty & Healthy Industries

Highness theraphy nutraceutical diet collagen merupakan sebuah revolusi terbaru bagi produk perlangsingan tubuh badan bagi kaum wanita juga lelaki. Ianya produk pilihan herba berkualiti yang diadun khas dengan kaedah teknologi nano dalam menjadikan anda lebih bertenanga untuk menjalani aktiviti harian. Ia dikombinasikan secara khusus untuk kesihatan, kecantikkan & langkah pencegahan bagi pelbagai jenis penyakit. Jangan tak percaya... Produk ini juga mampu menampakkan seri wajah anda agar kelihatan lebih muda daripada usia sebenar anda. Ianya merupakan minuman tambahan yang mempunyai 5 kali lebih efektif berbanding produk kolagen biasa hingga mampu mengatasi masalah OBESITI DALAM MASA 3 BULAN SAHAJA!!! 


Kandungan:
1 Kotak = 30 Sachet x 20 g

Madu, Glutathione, Inulin, Astaxanthin, L-Carnitine, Gingko Biloba, Roselle, Minyak Zaitun, Kulit Kayu Manis, Temulawak, Garam Bukit, Asam Gelugor, Ubi Bit Merah, Habbatus Sauda, Sireh, Pegaga, Kolegen daripada sumber laut, Gamat, Garcina Cambogia, Hoodia Gardoni, Ekstrak Biji Angur, Ekstrak Teh Hijau & Ekstrak Mengkudu.


Cara Pengambilan:
- 1 hari 1 sachet diambil sebelum sarapan pagi.
- Terus diminum tanpa perlu dibancuh
- ELAKKAN pengambilan semasa datang haid bagi kaum wanita.
- Minum air putih secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter 1 hari.


Khasiat
- Melambatkan proses penuaan
- Menurunkan kadar kolestrol & masalah obesiti
- Mengawal kandungan gula dalam darah
- Membantu keintiman hubungan suami & isteri
- Merangsang penghasilan kolagen oleh tubuh badan
- Membantu menganjal, menegang, menghalus & mencerahkan kulit.



Fakta Nutrisi

Per 100gram
CALORIES ~ 260 kcal
FAT ~ 0.0 g
CARBOHYDRATE ~ 64.2 g
PROTEIN ~ 0.4 g

Per Serving (20g)
CALORIES ~ 52.0 kcal
FAT ~ 0.2 g
CARBOHYDRATE ~ 160 g
PROTEIN ~ 0.4 g


HARGA
SM: RM 165.00
SS: RM 175.00
Brunei & Singapore: RM 200.00


BERMINAT???
Sila hubungi saya +6019-7184632 (SMS/Whatsapp/Call)
ATAU
Boleh cari Facebook saya http//:www.facebook.com/DiaAdalahIna




Sabtu, 14 Disember 2013

Sahabat


Lirik Lagu Sandiwara Cinta - Republik

Suka sangat dengar lagu ni.. anak buah yang whatsapp mp3 lagu ni.. Kalau tak, tak tahulah pasal lagu ni walaupun tengah top dekat carta era masa tu.. Thank You, Nur.. 


Jumaat, 4 Oktober 2013

Owh Oo!!

Owh Oo!! Salah cakap ke tadi?

p/s: just for sharing je.. tak ada maksudkan sesiapa pun..

Jumaat, 20 September 2013

Cincin Emas Sepasang Merpati

Cincin emas menjadi pilihan,
Pilihan buat sepasang merpati.
Merpati kini mengorak langkah,
Terbang menuju langit nan biru.

Tirai kehidupan bakal dipasang,
Dihiasi dengan corak menawan.
Untuk penaik seri,
Keselesaan dirumah.
Juga kepuasan hati.

Kehidupan bermula dengan cabaran,
Harus dihadapi dengan cekal.
Kelak mewarnai kain yang putih,
Sebagai ganti tirai yang lama.

p/s: puisi diatas mempunyai maksud yang sangat tersurat dan tersirat yang mungkin senang difahami atau sukar difahami. Namun, maksud utama puisi ini adalah persediaan sebelum mendirikan rumah tangga, agar rumah tangga yang dibina itu mendapat keredhaanNya. InsyaAllah.. Amin.. 

Selasa, 17 September 2013

Just to Say

I'm not good in english, but i try improve my bad..
I'm try created something, but i think what should i created?
I know i'm bad in english, but doesn't matter if i learn more..
Am i in wrong way?
If yes, tell me the truth..

Khamis, 5 September 2013

Jamuan Hari Raya di Twintech College..

Assalammualaikum..

Semalam, 4 September 2013, dalam jam 2.30 hingga 4.30, pihak kolej ada buat jamuan hari raya untuk pelajar. Turut terlibat our VC yang sporting berkaroke, lecturers, and ex-student college..
Makanan paling sedap, dia punya lemang.. Alamak, lupa nak ambil gambar segala juadah event tadi. Banyak pilihan makanan.. Kenyang perut suka hati saya di buatnya.

Kemudian, ada suprise birthday untuk insan yang bertuah hari ini.. Hihi.. Mula-mula mereka panggil pelajar tersebut macam ada buat salah disiplin je. Kena soal macam-macam sampai pelajar tersebut takut. At last, suprise!!!!! Semua orang nyanyi lagu Happy Birthday beramai-ramai.

Then, ada lucky draw and Q&A section.. Soalan semua yang berkaitan dengan hal-hal umum di kolej je. Simple je. Our vc yang create soalan tu.

Sebelum majlis nak bersurai, ada penyampaian hamper untuk king & queen best outfits.

Ok la.  Have fun juga la event hari ni. At least, saya tak payah masak dirumah. Makan je kat kolej tadi. Da kenyang.

Alhamdulillah..


Gambar di atas semua hasil tangkapan dari kamera saya sendiri.
Gambar yang di bawah pula merupakan hasil tangkapan daripada juru kamera pihak kolej saya.


Tengok, Apalah yang nak ditunjukkan tu..


Alamak, mulut saya penuh makan epal. Kantoi pula makan buah sambil line up nak ambil makanan.. Hehehe.. kawan saya tu, yana pun tengah sedap makan epal juga.. 


Rabu, 28 Ogos 2013

Doa Seorang Wanita



Setiap wanita inginkan yang terbaik buat kehidupan masa hadapan mereka.. Pendamping yang baik untuk mendidiknya kearah yang lebih baik serta sebuah kehidupan yang di redhai oleh Allah swt. Oleh itu, berdoalah agar kita di kurniakan segala yang baik-baik. InsyaAllah.. Terbentuknya seorang wanita yang solehah disisinya.. Amin.. 




Model: Dya Ina
Make-up: Dya Ina
Editing: Dya Ina



Ahad, 25 Ogos 2013

Kata-kata Semangat buat semua..

Maksud disebalik kata-kata ini bukanlah menuju kepada kemurungan serta kemunduran sesetengah individu. Bahkan, ianya sebagai kata semangat dan juga perumpamaan buat mereka yang sedang bersedih untuk terus bangun meneruskan kehidupannya. 

Kita yakin, setiap apa yang telah terjadi itu pasti ada hikmahnya. Maka, yakinlah pada diri sendiri bahawa kita mampu bangun semula mencorakkan kehidupan kita berasaskan pengalaman yang lampau. 

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Khamis, 15 Ogos 2013

Rahsia Saya Semakin Gebu Hanya dengan Bedak Sejuk..

Assalammualaikum..

Ramai kawan-kawan saya tanya, saya pakai produk apa sampai boleh jadi gebu.. Saya pun hanya menjawab dengan jawapan,"Guna bedak sejuk dengan sabun betik je.."

Mulanya, mereka semua macam tak percaya.. Tapi hakikatnya, itulah rahsianya.. Hanya kawan yang pernah duduk serumah dengan saya je nampak macam mana saya bersolek.. 

Saya ni, tak pernah lagi buat facial muka.. Sebabnya saya takut bila dengar kawan-kawan yang pergi buat facial tu katanya sakit sangat. So, saya tak pernah teringin untuk membuat facial muka apatah lagi bila terima tawaran menarik sekalipun tidak membuka hati saya untuk ke salon buat facial. Sebaliknya, saya gunakan kaedah traditional sahaja.. 

Semasa bangun awal pagi, saya amalkan cuci muka dengan bacaan bismillah serta selawat keatas nabi. Kemudian, saya cuci muka menggunakan sabun betik yang telah di pasarkan oleh syarikat RDL..  Selesai membersihkan diri, saya sapu bedak sejuk ke atas muka saya dengan menempek-nempekkan sahaja.. Biarkan kering, kemudian barulah saya gosok bagi rata macam pakai bedak..

Waktu malam sebelum tidur, saya tempekkan bedak sejuk kat muka untuk di jadikan mask. Saya biarkan sahaja sampai keesokkan paginya.. Kadang-kadang, bila duduk rumah tak keluar pergi mana-mana, saya pun tempek lagi muka saya dengan bedak sejuk tu macam pakai mask. 

Itu sahajalah rutin harian saya bersama bedak sejuk.. 

Ini muka saya masa baru-baru gunakan bedak sejuk sebagai bedak harian..


Ini pula gambar selepas beberapa bulan guna produk bedak sejuk dengan sabun betik tu.. 


Inilah dia rahsia kecantikkan saya.. 

Pada kawan-kawan yang ingin mencuba, sila lah mencuba.. InsyaAllah, berkesan jika kita yakin dengan ciptaan Yang Maha Esa.. 

Sekian, Wassalam..



HariRaya

Sambut hari raya dengan ala kadar.. 
Alhamdulillah..
















Ahad, 4 Ogos 2013

mutiara kata

ingatlah, tak semuanya akan kekal untuk jadi seperti dulu..
mereka mampu berberubah..
berilah peluang kepada mereka agar bermulanya suatu perubahan yang baik..
insyaAllah..