Advertiser

Khamis, 28 Februari 2013

Surprise birthday for my friend, Pinky Shira..

Assalamualaikum w.t.t

Hari ni 28/2/2013 merupakan hari ulang tahun kelahiran buat seorang sahabat yang saya takkan pernah lupakan.. Nama glamour Je la saya bagi ye.. Iaituuuuuu........ pinky Shira... Hehehe.. Kenapa tak boleh lupa? Sebab, Dia adalah orang yang pertama yang menegur saya semasa mula-mula saya sambung belajar.. Ingat lagi masa tu 06 oktober 2009 kat podium International University Technology of TWINTECH (IUCTT)..

Hehe.. Idea tercetus malam semalam.. Planning tak nak wish birthday Dia laa.. Sebab hari tu masa study sama-sama, Dia ada mention ayat ni, "Pinky tak kisah la kalau orang tak bagi hadiah waktu birthday, at least... Wish pun da cukup laa.." Macam tu la ayatnya.. Lepas tu, saya terfikir la nak buat cam ni.. Pukul 12 malam tu tak nak wish kat Dia.. Buat-buat lupa la kononya.. Planing baik dengan classmate and roommate Dia.. Buatlah majlis potong kek kat Pusat karaoke Just K kat Bremmall, kepong tadi pukul 1.30pm potong kek..

Hehehe, mula-mula Dia datang muka macam mengharap wish birthday.. Saya dengan Yana pun buat-buat tak ingatlah... Tiba-tiba lagu "happy birthday" berkumandang.. Datanglah kek yang dibawa oleh pekerja just k tadi.. Suprise!!!!!!!!!!!!!!! Huhuhu.. Nampak airmata birthday girl nak mengalir.. Cepat-cepat suruh potong kek.. Hehe..



Isnin, 25 Februari 2013

Sakit gusi..

Assalammualaikum w.t.t

Ya Tuhan.. Kali ni update straight Je pasal sakit gusi ni. Saya tengah sakit gusi sekarang ni.. Gigi garham yang bongsu nak tumbuh. Dah dekat 2 minggu tahan ni. Tapi hari ni rasanya macam dah tak tertahan lagi.. Sakit teramat sangat.. Macam mana saya nak buat ni? Nak jumpa dentist takut kena cabut gigi yang baru nak tumbuh tu.. Adoiii.. Sekarang ni saya tengah final exam.. Boleh ke saya nak focus ni? Sakit bercampur takut dibuatnya.. Nak dibiarkan rasa sakitnya tak tertanggung.. Nak jumpa dentist rasanya pun takut.. Alamak!!!! Macam mana ni? Apa yang terbaik buat gigi bongsu saya ni? Jumpa dentist or biarkan Je?

Khamis, 14 Februari 2013

Valentine's Day?

Assalammualaikum w.t.t

Kali ni entry pasal 'Hari Kekasih'.. Ada kawan-kawan saya tanya,"eh, kau tak celebrate valentine ke?" Hurmmm... Macam manalah saya nak jawab yerk? Sebabnya dia tu kawan rapat saya.

Hurmmm.. Last-last saya jawab, "tak nak laa, sebab nanti mak aku marah." Hehehe..
Dia pun senyap jela. Tak komen apa-apa.. Nasib baik... Lepas tu, saya try la search kat google untuk cari entry pasal valentine day ni.. Pastu saya share kat facebook..

Selang beberapa minit tu, dia telefon saya, " eh, kenapa kau tak cakap yang kau orang tak boleh celebrate valentine?" Mula-mula agak blurr sikit. Yela, Tiba-tiba Je call tanya soalan direct. Bila dia dah explain macam mana dia tahu, barulah saya faham keadaan yang sebenarnya.

"Aku bukan tak nak cakap, tapi aku belum pasti apa yang aku akan cakap tu perkara yang benar atau tak. So, lebih baik aku cari kepastian sebelum bercerita dengan orang.." Lastly barulah dia faham keadaan diri saya.

Hurmmm.. Mesti pelikkan baca entry ni? Hurmmm, sebenarnya.... Motif entry ni bukan fokus pada hari valentine sahaja. Tapi berkait juga dengan cara-cara memberikan sesuatu yang kita rasa belum plasti. So, sebelum berbuat apa-apa, kita kena betul-betul faham isu yang nak disampaikan.. Sebab, takut tersalah info & Tertambah yang tak sepatutnya.. Hehehe...

Sekian, wassalam..