Advertiser

Khamis, 29 November 2012

Panahan kurang rehat..

Inilah akibatnya kalau tak cukup rehat.. Muka pun nampak letih tak bermaya, dan akan rasa mengantuk dalam kelas!!!! Hurmmm.. Sedihnya saya.. Nak jaga perasaan orang, saya yang terpaksa terima akibatnya.. Ayooo..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 21 November 2012

Last Day jadi Nurse

Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang untuk menulis. Lama juga saya tak menulis kan? Maaflah jika ada yang tertanya-tanya kenapa saya jarang menulis dilaman blogger sejak akhir-akhir ini. Ceritanya macam ni....

Lepas habis final exam masa awal bulan lima tu, saya terus balik kampung. Bercutilah kononnya. Pernah tergerak hati nak ke cyber cafe sebab nak update blog. Tapi tak sempat pula saya nak keluar. Kemudiannya, saya terus bekerja sementara di sebuah klinik swasta. Mulanya memang OK, tapi sehari demi sehari saya jadi semakin kurus. Kurang berat badan la. Badan semua nampak susut. Bukannya tak makan masa kat tempat kerja tu, tapi asal tak ada patient je saya asyik makan je. Tak tau kenapa boleh susut badan saya. Agak kehairanan juga la.

Selang beberapa bulan, saya decide nak sambung belajar semula di tempat pengajian yang terdahulu. Saya meletakkan notis berhenti kerja 1 1/2 bulan. Ikut rule cuma letak 1 bulan notis berhenti kerja. Tapi saya submit awal. Pada 31 oktober 2012, saya sudah menamatkan perkhidmatan di syarikat tersebut. Sebelum itu, dokter dan suaminya ada membawa kami semua makan malam di hotel. Katanya untuk perpisahan saya dan seorang lagi staff iaitu, yana.

Kenangan waktu itu memang banyak. Hingga ada yang menitiskan airmata perpisahan semasa saya mengucapkan salam perpisahan kepada mereka. Namun, saya hargai setiap kenangan suka duka kita.
Kawan-kawan : Siti Normadiah, Nur Ain Zulaika, Nur Syazliana, Nor Hamizawati, Mek 2 orang belum sempat ambil tahu nama penuhnya, tapi gelarannya : Zita dan Hida. Tak lupa juga pada kawan-kawan sekerja yang telah berhenti kerja lebih awal dari saya, Nur Ain Hazirah, Rozainah, Nur Hawa. Terima kasih kerana memberikan kenangan itu. Hah!! tak lupa juga buat patient yang mesra dengan saya, Junaidah Baharom, Shasha, Elmy Zarina, Qusthashanaz, Nur Ashikin Ismail,(err, da tak ingat la sape lg.. ngee) maaf saya dah tak ada kat klinik tu lagi. Kita jumpa lagi dimasa yang akan datang. InsyaAllah..