Advertiser

Ahad, 7 Disember 2014

Menceburi Bidang Baru

Alhamdulillah.. Kembali menulis entry blog ini lagi.. Akibat lama tak menulis blog, sampai terlupa email dan password untuk diari umum saya ini..

Rasa rindu nak menulis lagi.. Al maklum saja lah.. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit.. Alhamdulillah, syukur.. Sejak saya buat come back dalam bidang modelling, hari demi hari saya mendapat tawaran berlakon..

Pada mulanya, memang agak susah.. Tapi alhamdulillah, berkat sabar dan hobi yang menjamin pendapatan sampingan ini membuahkan sedikit demi sedikit rezeki.. Alhamdulillah..

Saya akui sendiri, nak jadi seorang pelakun tidaklah semudah yang kita lihat di kaca televisyen jika tidak mempunyai bakat juga minat yang cukup untuk kearah dunia lakonan ini.. Macam-macam yang perlu kita tempuh.

Saya bermula daripada pelakon tambahan yang hanya menjadi lalu lalang atau dikenali sebagai pak pacak sehinggalah mendapat watak-watak kecil dalam beberapa buah drama.

Alhamdulillah.. Sehingga ke hari ini, mereka masih memberikan kepercayaan untuk membawa watak yang telah di amanahkan kepada saya.. Syukur diatas rezeki dari Mu.. Alhamdulillah..