Mulanya bercinta.
Sayang dah makan?
Sayang sihat?
Tadi pergi mana?
Dengan siapa itu?
Buat apa sekarang?
Rindu abang tak?
Sayang jaga diri elok-elok ye..
Hati-hati sayang.
Abang nak keluar dengan kawan-kawan ni.
Abang nak pergi sana tau.
Abang nak balik rumah mak.
Abang ada nak pergi kerja ni.
I Love You.
I Miss You.
Di pertengahan percintaan.
Kejaplah, abang sibuk ni, nanti abang call balik.
Esoklah kita jumpa,boleh?
Nanti kita pergi sama-sama ye.
Sekarang tak boleh laa..
Abang dengan kawan abang ni.
Abang tengah kerja ni.
Sorry, abang tengah meeting ni. Nanti abang call balik.
Tak boleh lah ,sayang.
Abang tak sempatlah.
Lama kelamaan,
hilang semua ayat-ayat manismu.
Segala yang manis bertukar menjadi pahit.
Adakah itu yang dia mahukan?
Katanya aku ini membuatkan dia merasa bahagia & ceria.
Tetapi mengapa dia tidak boleh melakukan seperti apa yang aku pernah lakukan padanya terhadap diriku pula?
Mengapa ianya terjadi terhadapku?
Apakah aku ini seperti kebudak-budakkan yang mahukan perhatian sahaja?
Aku ini wanita,
insan yang lemah namun tidak semudah itu untuk kau memberi alasaan.
Diriku bukan insan yang mudah untuk menerima segala alasan dengan begitu mudah.
Namun, kau lafazkan dengan cukup mudah.
Bagaimana harus ku bertahan dengan segala yang ku hadapi ini?
Dia masih menyayangiku lagi
atau sudah tidak mempedulukanku lagi?
Jika dia tidak memerlukan aku lagi.
Berterus teranglah agar aku bisa berhenti dari terus menyayangi tanpa balasan kasih & sayang dari diri mu..
Jujurlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan