Advertiser

Sabtu, 27 Jun 2015

Saling Maaf Memaafi

Assalammualaikum w.b.t

Salam ramadhan pembaca yang baik hati..
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andainya posting saya yang sebelum ini ada yang terguris hati atau menguris tekak..

Al-maklum sahajalah, saya cuma penulis amatur yang baru sahaja ingin membiasakan diri untuk melangkah kehadapan..

Andainya saya berbuat demikian, harap di ampunkan. Saya tahu, bulan ini hanyalah bulan ramadhan, bukanlah bulan Syawal yang setiap manusia berbuat baik seperti memohon kemaafan daripada semua kenalan juga sahabat handai..

Tapi, bulan-bulan yang lain juga kita boleh berbuat baik. Saling maaf memaafi..

Kepada mereka yang pernah mengguriskan hati dan tekak saya sebelum ini, telah saya ampuni..
Alhamdulillah..

Kerana saya beranggapan, sehingga bila kita nak biarkan kesalahan mereka terkubur tanpa kemaafan..

InsyaAllah, pada bulan yang mulia ini kita sama-sama berubah untuk menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum ini..

InsyaAllah..
Amiinn..


Ahad, 21 Jun 2015

Bulan Puasa

Bulan puasa ni, ramai yang suka berkongsi didalam facebook dan instagram tentang PUASA..
-Juadah bersahur
-Juadah berbuka
-Telatah berpuasa
-Persiapan raya

Tapi, cuma satu yang kita perlu saling ingat mengingati.. Bulan ni adalah bulan EXAM.. Dimana kita diuji dengan
-Kesabaran
-Ketabahan
-Menahan rasa atau menahan diri daripada perkara yang memudaratkan atau negetif..

Kita akan berjaya melepasi EXAM dibulan puasa ketika menyambut kedatangan 1 Syawal.. Bagaimana..?
-Perubahan fizikal & rohani pada diri kita.

Nak tau..?
Cuba peraktikkan dalam diri kita..

Contoh:
-Tulis perkara yang kita lakukan sebulan sebelum menyambut puasa..
-Simpan elok-elok..
-Waktu sakan berhari raya, jangan lupa untuk tulis apa yang kita lakukan sepanjang di bulan syawal..
-Selepas tamat bulan syawal, buat perbandingan..
-Jawapan yang tepat berlaku pada diri sendiri.. Samada menjadi yang lebih positif atau negetif itu bergantung kepada cara kita melalui EXAM di bulan puasa.. Itulah yang dikatakan "Perubahan fizikal & rohani pada diri kita.."


Selamat mencuba..

Sabtu, 9 Mei 2015

Tertanya

Hati yang kecewa tidak terubat
Hati yang semakin pulih terusik
Hati yang senang digusarkan
Hati yang susah di sesalkan

Ahad, 18 Januari 2015

Aku Bukan Kamu..


Melihat mungkin mudah
Merasa belum tentu mudah
Bagiku
Apa yang ku lihat
Ada perasaanku
Bagimu
Apa yang kau lihat
Bukanlah rasa bagimu

Perasaan hati tak mampu di bahasakan
Bukan mudah untuk difahami oleh dirimu
Begitu juga aku
Kerana itulah
Persoalan demi persoalan
Tersebut dari bibirku
Kerana aku mahu
Untuk cuba memahami rasamu

Kerna perasaanmu tidak mudah untuk ku rasai..

Nukilan

Sabtu, 17 Januari 2015

Langkauan Minda Hati..



Sesuatu yang kita harapkan
Menjadi impian pengukir masa
Menentukan bait perhitungan hidup
Dalam kealpaan insani

Mampukah ia
Menjadi milik kamu
Sedangkan kamu masih alpa
Di pementasan zaman

Menerokai setiap inci
Memetik suasana fikiran
Yang dilakonkan oleh minda kamu
Terus melibatkan mereka

Langkah minda tak mampu di potretkan
Langkah sentuhan masih mampu di biaskan
Langkah hatimu hanya terlerai dek masa

Nukilan

Jumaat, 16 Januari 2015

Saya akui..

Assalammualaikum wbt..

Mungkin ini entry kedua untuk tahun 2015. Ya,, betullah yang kedua. Tapi tak apalah.. It's doesn't matter pun kan? Entry yang lepas saya cerita pasal Benci tapi Sayang kan? Hurm.. Ok.. Entry kali ini ada sedikit kelainanlah kot.. Rasanyalah.. Hurm.. Tak tahulah sebab kamu yang membaca. Saya hanya menulis sahaja apa yang saya rasa saya suka tulis.

Tak tahulah macam mana saya nak mula cerita ni. Tapi cerita kali ni macam agak peribadi sikit. Tapi saya cuba untuk public kan cerita ni sebab tak ada sesiapa pun saya berani untuk bercerita. Dan.. Disebabkan itulah saya rasa macam saya nak cerita kat sini. Maklum jelah, inikan diari umum saya. Tak salahkan kalau saya cerita sini? Pada yang tak suka, better jangan bacalah sebab mungkin kamu akan rasa saya yang membuatkan kamu rasa meluat..

Macam ini. Ini cerita tentang hati dan perasaan saya yang saya rasa saya tak pernah share kat mana-mana secara detail dan umum. Mungkin juga saya tak pernah mention nama mana-mana lelaki dalam mana-mana media sosial saya kan? Mungkinlah sebab saya rasa memang tak pernah pun saya mention.

Saya akui. Sejak kebelakangan ini saya sibuk menyelidik kisah-kisah silam Mr Love saya. Kalau nak diikutkan memang tak patut pun saya buat macam tu sebab buat apa saya nak cari tahu semua yang tiada kena mengena dengan kisah saya kan? Tapi bila saya tengok buku nota dia yang saya pernah bagi, dia buat sebagai buku finacial dia. Dia ada selit finacial dia untuk saving kahwin. Saya macam tak percayalah yang dia serious bab kahwin. Ya, memang sebelum ni kami merancang sebuah perkahwinan dan kami berdua sudah pun berjumpa keluarga masing-masing untuk meminta restu atas perhubungan kami berdua.

Saya memang tak jangka dia buat macam tu, and again saya rasa takut pula nak kahwin. Bukan apa, saya fobia dengan kata-kata lelaki yang kata serious mahu menjadikan saya isteri dia tapi akhirnya tak jadi apapun. Putus dihujung perhubungan kerana penipuan dan muncul orang ketiga. Nak buat macam mana, Belum sampai masanya untuk saya mengakhiri zaman bujang ni. Sabar jelah. 

Oleh disebabkan itu, saya tergerak hati untuk buat check up secara drastik kat Handphone Mr. Love. First, saya tengok-tengok facebook dia. Daripada facebook dia sahaja saya boleh tahu siapa ex-girlfriends dia. Hihi.. Dia memang ramai special girlfriend dulu. Kalau saya buat rumusan dari apa yang saya baca, life dia dulu macam pantang single terus mengurat girl

Dari apa yang saya nampak, dulu dia seorang yang jiwang dan terlalu menghargai pasangan sehingga sanggup mention nama-nama ex dia kat mana-mana sahaja laman sosial. Sebab itulah saya tahu semua ex dia..! Hurm.. Lepas saya baca semua tu, saya jadi sedih. Kenapa..?

Sebab saya suka lelaki yang romantik dan suka buat suprise. Senang cerita, full of love from your soul. Huh..!! Speaking hancur lagi nak speaking. Hihi.. Jujur saya tulis sini. Mr Love dulu dengan yang sekarang sangat berbeza. Mungkin agak matang berbanding dahulu. Ya, memang saya akui. Dari penulisan dia pun ada perubahan. Dulu suka tulis short form, sekarang tulis dengan ejaan yang betul dan penuh dan agak matang cara penggunaan bahasa semasa menulis. 

Tapi, saya cemburulah dengan ex dia. Penghargaan yang sangat-sangat baik dia buat untuk ex dia. Tapi still tak mampu pertahankan hubungan mereka. Mungkin, tak ada jodoh antara mereka. Kalau jodoh mereka, tak adalah dia kenal saya sekarang ni. Hurm.. Kekasih mana yang tak cemburu bila dapat baca semua tu. Kalau saya masih berperangai lama, mungkin saya dah meroyan tak tentu hala dah masa tu. Alhamdulillah sebab saya mampu kawal perasaan saya masa itu. 

At last, malam sebelum tidur. Airmata saya menitis juga dek kerana hal-hal yang saya baca. Agak sedih jugalah perasaan saya. Sebab cemburu dengan apa yang ex dia dapat. Sedangkan, itulah yang saya suka selama ni daripada mana-mana lelaki yang ada hubungan cinta dan hati dengan saya. Ya, saya akuinya. Saya CEMBURU..!!!! Tapi tak boleh salahkan Mr. Love sebab saya yang nak sangat baca. Redhalah dengan apapun perasaan saya selepas itu. Sendiri cari penyakit kan..?

Walauapapun, ada baiknya juga saya baca. Atleast, saya tahu siapa ex dia dulu dan apa yang special pada ex dia mungkin tak ada pada saya. Saya akui, saya tidaklah sehebat ex dia. Boleh dikatakan ex dia dulu semua hot. Saya je yang tak berapa nak hot. Al-maklum je lah, Saya bertudung, mana boleh nak dress up hot hot macam ex dia dulu. Dress up saya macam old fashion sikit. Baju besar-besar, seluar longgar-longgar, muka pun macam makcik makcik je. Saya akui, saya tidaklah secantik mereka yang pernah dia sayangi, cintai. Saya tidaklah mampu memberikan apa yang special untuk Mr. Love. Tapi tak apalah, biarlah saya jadi diri saya yang sebenar. Tak nak berubah kearah lebih sexy

Lagipun, saya masih lagi mengenali siapa itu Wanita Muslimah dalam diri saya. Ya, saya akui saya masih didalam perubahan untuk menjadi seorang muslimah. Mempelajari adab dan ilmu menjadi seorang muslimah yang berjaya. Agak mencabar juga untuk seseorang itu untuk berubah. Macam-macam penghinaan yang akan diterima. Walau apapun, Mr. Love sentiasa berpesan kepada saya,

" Jangan ambil tahu apa yang orang akan cakap mengenai diri kita dahulu. Dahulu adalah dahulu. Sekarang adalah sekarang. Mereka bercerita hal buruk sebab tak mampu untuk tandingi awak kerana awak masih diatas mereka. Dan kerana awak masih diataslah mereka cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan awak. "

Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan Mr. Love yang sangat positif dalam apa jua masalah dan dugaan yang datang. Terima kasih Mr. Love. Saya tak tahulah macam mana saya nak kata lagi. InsyaAllah, andaikata jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat kita, saya akan cuba menjadi seorang sahabat, cinta hati awak juga seorang isteri yang baik. InsyaAllah. Amiinn.. 

Saya rasa, saya dah terlalu panjang menulis. Apa kata saya cerita dalam entry lain di hari yang lain pula ye. Kesian pembaca yang membaca, mesti dah bosan dah kan? Baiklah, andai ada jodoh yang panjang juga umur yang panjang, insyaAllah saya akan menulis lagi. 

Assalammualaikum..
Salam Jumaat.. (" ,)/"

Rabu, 7 Januari 2015

Benci tapi Sayang


Assalammualaikum wbt.

Ini adalah penulisan yang pertama buat tahun 2015. Alhamdulillah.. Syukur kerana Allah masih memberikan saya kesempatan dan peluang untuk menulis lagi. 



Baiklah.. Kali ini saya hanya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sedar.
Mungkin semua yang membaca agak tertanya-tanya, apakah yang "Sesuatu" yang saya maksudkan ya..

Macam ini...

Pernah dengar ungkapan "Sayang" ?
atau
Pernahkah kamu dengar ungkapan "Benci" ?

Sudah semestinya semua yang membaca pernah dengar bukan?
Baiklah. 
Begini kisahnya........
(..Cerita ini khas untuk kaum Adam atau yang terasa nantilah..)


Cerita Pendek Sahajalah..
OK..?


Jika buah hati atau pasangan anda bertanya, " Awak sayang saya tak..?"
Dan kemudian, kamu terus menjawab, " Tak! "
Pastinya si dia akan berdiam diri sebentar.
Kemudian ditanya lagi soalan yang sama.
Lalu kamu terus menjawab, "Benci awak.."

Kamu tidak perlu terasa hati dengan kata-kata yang telah di jawab oleh pasangan kamu.
Cuba kamu melihat dan meneliti situasi cara si dia menjawab soalan kamu.

Suasana romantik?
Suasana tegang?

Percayalah kamu dengan isihati kamu dan sejauh mana kasih sayang yang telah kamu berikan kepada si dia. Bukan semua yang diungkapkan itu benar-benar maksudnya. Mungkin ianya sekadar ujian buat kamu kerana si dia mahu melihat cara kamu mengatasi suasana seperti itu. Pernah dengar ungkapan " Benci tapi Sayang" kan? Samalah maksudnya seperti apa yang ingin saya sampaikan.

Saya sendiri sebagai seorang yang mempunyai hati dan perasaan memang gemar menimbulkan suasana seperti itu. Kenapa? Kerana saya mahu melihat sendiri cara si dia mengawal situasi dan memahami hati saya.

Cara saya untuk menjawab soalan seperti itu tidaklah sekeras seperti nada amarah. Namun, saya gemar menjawab dalam keadaan gurauan. Mengapa? Kerana jika saya di lukai, tidaklah terasa sakitnya. Kata-kata seperti itu juga mampu membuatkan saya terus kuat walaupun dilukai.

Mujurlah saya dipertemukan dengan seorang yang suka berjenaka seperti saya. Sedikit sebanyak apa yang telah saya katakan itu dapat diterima juga difahaminya. Begitu jugalah dengan ungkapan " Sayang " dan " Benci " seperti yang saya cuba sampaikan dari tadi.

Belajar memahami pasangan anda lebih baik daripada terus menerus berfikir mahu mencari insan lain sebagai penggantinya.



Ikhlas daripada saya,