Advertiser

Khamis, 29 November 2012

Panahan kurang rehat..

Inilah akibatnya kalau tak cukup rehat.. Muka pun nampak letih tak bermaya, dan akan rasa mengantuk dalam kelas!!!! Hurmmm.. Sedihnya saya.. Nak jaga perasaan orang, saya yang terpaksa terima akibatnya.. Ayooo..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 21 November 2012

Last Day jadi Nurse

Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang untuk menulis. Lama juga saya tak menulis kan? Maaflah jika ada yang tertanya-tanya kenapa saya jarang menulis dilaman blogger sejak akhir-akhir ini. Ceritanya macam ni....

Lepas habis final exam masa awal bulan lima tu, saya terus balik kampung. Bercutilah kononnya. Pernah tergerak hati nak ke cyber cafe sebab nak update blog. Tapi tak sempat pula saya nak keluar. Kemudiannya, saya terus bekerja sementara di sebuah klinik swasta. Mulanya memang OK, tapi sehari demi sehari saya jadi semakin kurus. Kurang berat badan la. Badan semua nampak susut. Bukannya tak makan masa kat tempat kerja tu, tapi asal tak ada patient je saya asyik makan je. Tak tau kenapa boleh susut badan saya. Agak kehairanan juga la.

Selang beberapa bulan, saya decide nak sambung belajar semula di tempat pengajian yang terdahulu. Saya meletakkan notis berhenti kerja 1 1/2 bulan. Ikut rule cuma letak 1 bulan notis berhenti kerja. Tapi saya submit awal. Pada 31 oktober 2012, saya sudah menamatkan perkhidmatan di syarikat tersebut. Sebelum itu, dokter dan suaminya ada membawa kami semua makan malam di hotel. Katanya untuk perpisahan saya dan seorang lagi staff iaitu, yana.

Kenangan waktu itu memang banyak. Hingga ada yang menitiskan airmata perpisahan semasa saya mengucapkan salam perpisahan kepada mereka. Namun, saya hargai setiap kenangan suka duka kita.
Kawan-kawan : Siti Normadiah, Nur Ain Zulaika, Nur Syazliana, Nor Hamizawati, Mek 2 orang belum sempat ambil tahu nama penuhnya, tapi gelarannya : Zita dan Hida. Tak lupa juga pada kawan-kawan sekerja yang telah berhenti kerja lebih awal dari saya, Nur Ain Hazirah, Rozainah, Nur Hawa. Terima kasih kerana memberikan kenangan itu. Hah!! tak lupa juga buat patient yang mesra dengan saya, Junaidah Baharom, Shasha, Elmy Zarina, Qusthashanaz, Nur Ashikin Ismail,(err, da tak ingat la sape lg.. ngee) maaf saya dah tak ada kat klinik tu lagi. Kita jumpa lagi dimasa yang akan datang. InsyaAllah..



Isnin, 17 September 2012

Ketahuan..

 Teknik memperdaya yang tak menjadi.. Akhirnya,, tertangkap nak curi anak ikan saya!! Ceh..





Jumaat, 7 September 2012

Bayer Tationil Glutathione


Packaging :
4 ml distilled aqua x 10 ampoules and 600mg glutathione x 10 vials.

Benefits :
* Strong anti-oxidant to remove excess free radicals that will cause abnormal function of brain and organs.
* Treats neurodegenerative symptoms such as Parkinson's, Alzheimer's, multiple sclerosis, stroke, irretate bowel and chronic fatigue.
* Reconstitutes the function of Vitamin C and E especially taken along with Vitamin C injection.
* Greatly reduce acne / blemish / pimple.
* Long term treatment for smokers and drinkers.
* Important as our body antioxidant, immune system booster and detoxifier.
* One of the master antioxidant that mostly found in liver.
* It reconstitutes Vitamin C and E which is being exidized.
* It eliminates toxic compound ( such as Paracetamol ) in liver.
* Combine taking with Vitamin C injection greatly enhance your immunity, reduces tiredness, stay healthy, lightening and youthful skin.
* Fights against the cancer, heart disease, premature aging, autoimmune disease and chronic illness.

Injection Method :
This product is administered by intravenously (IV).
1 or 2 ampoules / injection every week for 1 or 2 months (*depends on your metabolism).
Then can reduce the dosage to 1 injection every 2 weeks for maintenance.
*** Suggest inject with Vitamin C to get best result.

Not Suitable For :
* Breast feeder.
* Injection on women period.
* Allergy to vitamin ( any kind ).
* Patient with cardiovascular problem.

Can Make Ordering with :
Dya Ina
+6019.718.4632 (sms 1st then can make a call)

Roche Laroscorbine Platinum


Packaging :
1g Vitamin C + 0.35 Plant Collagen / 5ml x 10 ampoules

Benefits :
* Whitens skin color.
* Fades discolorations hyperpigmentations of the skin such as liver spots, freckles, age spots or skin pigmentations that were caused by exposure to the sun or during pregnancy.
* Improves skin complexion.
* Maintain collagen.
* Replemish lost collagen when aged.
* Collagen is a fibrus protein, important in supporting tissue of our skin, bone, ligament, tendons, joints and organ support.
* Reduces our facial and skin fine lines or wrinkles. This is because it aims in producing the collagen, which is important to make our skin firm and provides elasticity.
* Maintains the production of cartilage and joints, improve elasticity of skin, makes more supple and moisture.

Injection Method :
This product is administered by intravenously (IV). 
1 or 2 ampoules / injection every week for 1 or 2 months. (*depends on your body metabolism).
Then can reduce the dosage to 1 injection every 2 weeks for maintenance.
*** Suggest inject with Glutathione to get best whitening result.

NOT Suitable For :
* Breast feeder.
* Injection on women period.
* Allergy to vitamin (any kind).
* Patient with cardiovascular problem.

For Make Ordering:
Please contact,
Dya Ina
+6019.718.4632 (sms 1st then can make a call)

Selasa, 28 Februari 2012

Itulah Perasaan..

Kadang kita akan ketawa dan tersenyum bila marah,
Kadang kita akan menagis dan bersedih bila marah.
Tapi yang menjadi uniknya,
Kita akan bertambah rindu dan sayang seseorang itu,
Walaupun sedang menahan kesakitan dan keperitan.
Itu perasaan..

Isnin, 27 Februari 2012

Erti Sebuah Kehidupan yang Sementara


Hidup ini tak semestinya sentiasa berada diatas.
Kadang kita berada dibawah,
Kadang kita berada diatas.
Tak semudah itu untuk berada di atas,
Dan tak semudah itu juga bila kita berada dibawah.
Kadang kita ketawa,
Dan kadangkala kita menangis.
Inilah nikmat yang TUHAN berikan pada kita,
Agar kita bijak memilih jalan yang baik,
Serta mengelak dari jalan yang negatif.
Kerana ini semua akan mencorakkan sebuah kehidupan
Yang akan membawa
"ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SEMENTARA"




Selasa, 17 Januari 2012

Terima Kasih, Sahabat.

Assalammualaikum w.t.t

Hari ini Dya Ina ingin berkongsi sedikit kegembiraan buat semua pembaca blog.
Buat julung-julung kalinya seorang insan bergelar kawan atau sahabat,
membuat kejutan istimewa buat hidup Dya Ina.
Nak tahu apa kejutannya?
Jeng jer jengggggg


Dya Ina dapat sebentuk cincin emas 916 seberat 2.1gram.
Berat tu tak la berat sangat. Ok laa..
Hihi.. (^,^)
Seronok sebenarnya.. 
Tapi itulah, bukan daripada seseorang yang kita sayang rasanya pun tak sama.
Cuma Dya Ina bersyukur sangat-sangat sebab ada juga seorang kawan yang sudi memberikan hadiah yang cukup bernilai buat diri Dya Ina..
Mungkin semua hairan kenapa dia bagi Dya Ina cincin emas kan?
Haaa...
Sebenarnya, dia ada berkata kepada Dya Ina bahawa suatu hari nanti dia akan memberikan sebentuk cincin emas buat hadiah hari jadi Dya Ina.
Tapi, masa dia cakap itu pada tahun lepas.
Dia cuma meminta maaf sebab lambat memberikan hadiah hari jadi Dya Ina untuk tahun lepas.
Hari jadi Dya Ina sebenarnya jatuh pada 06 Mac..
Sudah hampir setahun perkara tu berlalu.
Sampaikan Dya Ina terlupa pasal hadiah yang dia nak bagi.
Katanya, inilah nilai persahabatan kami yang jarang-jarang berhubung.
Walaupun tak selalu berhubung atau selalu jumpa,
Kami tetap kawan sampai bila-bila.
Itulah kata-katanya yang dia sampaikan buat Dya Ina..
Bernilai sungguh nilai persahabatan buat dirinya ya..
Tapi..
Sempat jugalah Dya Ina bergurau dengan dia.
Dya Ina kata,"Hari jadi saya tahun ni nak bagi apa pula? Beliankah? atau Emas lagi?"
Kih kih kih
Dya Ina hanya tersenyum setelah melihat dia berkerut dahi.
Tapi Dya Ina cuma membalas yang Dya Ina hanya bergurau sahaja.
Tak kisahlah hadiah apa pun, sebesar apa pun dan semahal manapun Dya Ina terima.
Asalkan niat yang memberi itu adalah ikhlas dan jujur.
 Yang penting!!!
Tak ada maksud disebalik pemberian itu cukuplah..
Dya Ina terima seadanya hadiah itu..
Terima Kasih Sahabat.

p/s:
Sememangnya,Dya Ina memang sukakan EMAS!!
Barulah perempuan namanya..
Wow...
Hehe.. (^,^)
Gurau-gurau jerk.. (^,~)
Anyway, Thanks ya..

Isnin, 16 Januari 2012

Rindu Hati ini

Abang, saya tahu saya bukanlah insan yang cukup sempurna. Namun, saya cuba memperbaiki setiap kali kita bersama. Sungguhpun abang risau akan keselamatan saya ketika berjauhan, tapi abang mengertilah bahawa sejauh mana kita terpisah bukanlah sebagai penghalangan cinta kita. Namun, ianya adalah sebagai kekuatan kasih dan sayang kita setelah kita disatukan. Ianya juga adalah satu cabaran buat kita mengenal erti Rindu. Semakin jauh kita terpisah dan semakin lama kita tak jumpa, rindu hati ini semakin membuak-buak. Rasanya seperti tidak sanggup untuk berpisah jauh dari hidup abang. Namun, apakan daya kita. Kita mempunyai komitmen untuk kerjaya masing-masing. Saya tahu abang jujur dengan saya. Dan saya juga akan berlaku jujur ketika berjauhan. 
Abang.. Dapatkah abang merasakan bahawa kita saling berhubung hampir setiap masa. Bahkan jika kita bertentang mata sekalipun, belum tentu abang akan menghubungi saya sekerap ini. Jika sudah sampainya waktu untuk kita berpisah, kita sama-sama tidak mampu menahan rasa sebak didada untuk berjauhan. Aneh bukan? Itulah nikmatnya jika kita berjauhan. Rasa rindu tidak akan pernah luntur selagi masih ada kepercayaan diantara satu sama lain. 
Saya senang bila menerima panggilan selamat pagi daripada abang. Kerana itulah yang saya tunggu setiap kali saya ingin meneruskan tugasan harian. Begitu juga pada malam hari. Abang kerap mengucapkan ucapan-ucapan yang manis buat saya. Abang, walaupun saya cuma isteri kedua, saya cuma berharap bahawa abang tidak akan melupakan tanggungjawab abang sebagai seorang suami. Saya juga cuba mengingatkan diri saya bahawa saya juga tidak akan melupakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Memang berat jika kita terus-terusan begini. Namun, saya ikut semua kehendak abang agar semuanya tidak membawa apa-apa masalah. 
Abang, saya tahu abang adalah seorang suami yang sungguh penyayang. Saya juga ingin menyayangi abang dengan sepenuh rasa kasih dan sayang saya untuk keluarga kita. Abang tahu tak, saat-saat abang melamar saya. Saya sungguh terharu. Mungkin abanglah orangnya yang saya tunggu-tunggu setelah sekian lama saya membujang. Namun, tidak sia-sialah saya menantikan saat ini yang hampir memcecah 10 tahun lamanya. Inilah berkat kesabaran kita ya abang. Alhamdulillah. 
Kini, abang perlu tahu bahawa kita bakal menimang seorang cahaya mata. Inilah hadiah daripada saya untuk abang sebagai tanda kasih dan sayang saya pada abang. Kita sama-sama semai benih untuk menjadi rimbunan pokok yang rendang ya abang. Semoga, cahaya mata ini akan mewarisi setiap perwatakan kita. InsyaAllah. 
Abang, bila cahaya mata kita sudah melihat dunia, abang berikanlah dia sepenuh perhatian abang seperti mana abang memberikan tumpuan pada saya ketika ini. Abang sayangilah dia seperti abang menyayangi nyawa abang. Saya bimbang jika saya tidak dapat menjaganya. Abang, saya berharap suatu hari nanti kita akan dapat hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Saya juga menginginkan suasana yang harmoni buat keluarga kita. 
Abang, walaupun setakat ini saya dan abang bermesra. Namun, saya akan tunggu abang di Syurga. Saya sedia menanti abang disana jika umur kita tidak berpanjangan. Abang, maafkan saya jika saya menulis tanpa pengetahuan abang. Kerana saya ingin menyampaikan sesuatu yang mungkin tidak dapat kita lupakan dan mungkin juga tiada penggantinya. Abang, saya sayang abang seadanya diri abang. 

Salam sayang daripada isteri mu,
Wanda

Dya Ina cuma ingin berkongsi jika inilah rasa hati seorang isteri kepada suaminya. Dan jika inilah luahan hidup berjauhan. Agaknya, macam mana lah gayanya Dya Ina ingin berjauhan dengan si dia nanti yerk?? hehehehe.. Ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Cari Dya Ina disini: 

Ahad, 15 Januari 2012

Sudah decide lorh..

Assalammualaikum..
Hari ni Ina nak wat entry pasal yang Ina dalam dilema samaada nak wat pegaga or misai kucing untuk final project semester ni.
Akhirnya, Ina decide nak buat Lada Benggala (Capsicum annuum L.)



Haha..
Lari dari apa yang Ina inginkan..
Ina pilih Lada Benggala sebab kat Malaysia ni belum ramai lagi yang dapat tanam spesis ni..
So, ini adalah keputusan yang muktamad.
Doakan Ina ye..
InsyaAllah jika dah berjaya project ni, Ina share lagi yerk..

Sekian, Wassalam..

Cari saya di sini:

Selasa, 10 Januari 2012

2 Minutes 2 Style Shawl Tutorial (^,^)

Assalammualaikun w.t.t
Selamat malam pembaca blog Dairy Dya Ina..
Kali ni Ina ingin berkongsi sesuatu..
Iaitu tutorial video cara-cara untuk pemakaian shawl gaya Dya Ina.
Video ini dirakam dalam bentuk monolog sahaja.
hehe..
Mungkin Ina baru yakin untuk bercakap semasa record video tutorial ni kot..
Agaknya lah..
So, jom tonton video ini..


SELAMAT MENCUBA!!

Boleh cari Ina di sini:

Isnin, 9 Januari 2012

Kenangan Pagi Hari

Assalammualaikum..

Selamat pagi semua..
Mulakan hari isnin anda dengan senyum selebar yang mungkin ya..
Hari ini Dya Ina ingin berkongsikan satu cerita iaitu
Kenangan Pagi Hari..

Pada kebiasaannya, Dya Ina sering menerima sms berkenaan ucapan selamat pagi.
Namun hari ini Dya Ina tidak mendapat ucapan itu seperti hari-hari yang biasa.
Kali ini, Dya Ina bangun tidur terus ke dapur.
Tahu tak Dya Ina buat apa?
hahaha
Dya Ina masak sarapan pagi seawal 7.00 pagi..
Huh, sepanjang Dya Ina duduk di rumah sendiri, belum pernah wat sarapan pagi seawal itu..
Namun, apa yang Dya Ina ingin kongsikan adalah detik-detik semasa menyediakan sarapan pagi tersebut.
Keluar dari bilik dengan cara yang separuh sedar dan tak,
Buka periuk nasi..
Hancurkan nasi.
Muncul seorang housemate Dya Ina tegur,"Ina nak buat apa?"
Rupanya, Dya Ina dah tersengguk-sengguk waktu tu..
Lepas housemate Dya Ina tegur la baru Dya Ina rasa segar sedikit.
Kali keduanya pula saat mengacau dan meratakan rempah kepada nasi..
Kejap-kejap tertumpah,
Housemate lagi seorang datang,
"Ina ngantuk lagi ke?"
Dya Ina kata,"Lau ngantuk rasanya da tersembam muka kat kuali ni.."Sambil buat reaction..
Hehehe..
Nasibla pndai cover..


Tukang Cerita:

Ahad, 8 Januari 2012

Cheritera Hati 1st Give Away

Assalamualaikum..
Hai hai hai..
Selamat Malam buat pembaca blog Diary Dya Ina ye.


Malam ni Ina nak bercerita mengenai Cheritera Hati 1st Give Away.
Sebenarnya, ianya merupakan satu contest buat blogger di Malaysia sahaja.
Dya Ina sempat juga ke
untuk melihat siapakan kepunyaan blog tersebut..

Ina dapat mengetahui nama penulis blog itu. Haney namanya.. 
Cik Haney ingin mengongsikan sedikit rezekinya pada bulan ini.
Katanya lagi, jika kita mahu join contest ni, adalah sedikit pra-syaratnya.
Antaranya ialah :
  1. Buat satu entry mengenai Cheritera Hati First Giveaway.
  2. Tag dua blogger lain. (kalau terlebih rajin,nak tag 18orang pon boleh katanya.)
  3. Tinggalkan link entry anda di ruang komen di blog beliau.
  4. Follow blog cheriterahatyhaney.blogspot.com
Hadiahnya??
Haaa.. Hadiahnya berupaaa.......


Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 Shawl Inner Polkadot + Brooch

Tempat Kedua :
 Produk Avail Beauty + 1 Inner Shawl Polkadot + Brooch

Tempat Ketiga :
1 Shawl Inner Polkadot + Produk Avail Beauty.


Saguhati 
(untuk 2 orang pemenang) :
Produk Avail Beauty


Dateline : 3 Feb 2012



So, apalagi..
Menarikkan hadiahnya?
Jom la sama-sama kita join contest ni secara sihat ye..
Disini saya ada dua orang blogger yang bertuah untuk saya tag.
Blogger yang bertuah itu adalah :

 1. Pinky

Selamat Berjaya kawan-kawan.. (^,^)

Khamis, 5 Januari 2012

Dilema Pegaga & Pokok Misai Kucing

Assalamualikum w.t.t

Hari ini Dya Ina cuma nak berkongsi sedikit perasaan Dya Ina.. Alhamdulillah, ini adalah final semester Ina untuk program Diploma in Biotechnology. Jika tiada apa yang menjadi penghalang, insyaAllah ini adalah last semester. Aminn..

Pada kebiasaannya, setiap student dalam jurusan saya akan diwajibkan untuk membuat final project untuk smester akhir. Jadi, saya dah jumpa dengan supervisor saya iaitu Madam NorMadiha. Kata dekan saya, dia mahir dalam bidang tissue culture. Jadi, saya sebagai anak buahnya turut membuat tissue culture juga.

Walaubagaimanapun, saya menjadi dilema kerana saya ada dua jenis tumbuhan untuk melaksanakan projek saya ini. Iaitu Ulam Pegaga dan Pokok Misai Kucing. Setelah saya selidik dan bertanya-tanya sama ada di google mahupun facebook, Pokok Misai Kucing ini sudah banyak produk yang telah berjaya berada di pasaran Malaysia. Namun, Ulaman Pegaga ini tidak terlalu luas untuk di jadikan produk.

Saya membezakan kedua-dua sumber ini, khasiatnya lebih kurang sama. Cuma, jenis tumbuhan Pegaga ini lebih dikenali sebagai penawar penyakit sperti demam kuning, asma, peredaran darah juga awet muda. Namun Pokok Misai Kucing pula lebih dikenali sebagai penawar penyakit kencing manis, keputihan, gout, batu karang dan juga peredaran darah.

Yang menjadi dilemanya, saya suka kedua-dua sumber ini. Saya masih tidak dapat memutuskan sumber yang manakah saya akan gunakan. Adakah Pegaga? Atau Pokok Misai Kucing? Mungkin saya akan rujuk kepada supervisor saya dahulu agaknya. Sama-sama berbincang. InsyaAllah jika saya sudah memutuskan sumber yang manakah saya akan gunakan untuk final semester project saya, saya akan menulis lagi..

Sekian sahaja buat ketika ini..
Wasalam..