Advertiser

Khamis, 21 Mac 2013

facebook cover page

Assalammualaikum wtt..

Selamat petang!!!
Saya nak share bunga mawar yang dah pun saya edit ni pada kawan2 saya. Bunga mawar ni hadiah pemberian daripada seorang atas dasar untuk memujuk saya.. Al maklum jelaa.. Masa tu saya tengah merajuk dan makan hati.. Bunga mawar inilah yang di hantar untuk memujuk saya.. huhu.. Mat bunga betul lah Inchik Love saya ni.. Anyway.. Ini dia gambar yang dah pun saya convert ke facebook cover page..

Dan gambar yang kedua itu pula, hasil gubahan saya dan pembantu saya semasa menyertai pertandingan gubahan bunga. Alhamdulillah, kami menang tempat pertama untuk gubahan ini..

Jika berminat, bolehlah buat cover untuk facebook kawan2..
peace.. (" ,)/"
wassalam...



Happy birthday to me? 6 March

Assalamualaikum wtt..

Salam ceria buat pembaca blog saya. hehehe.. Macam formal sangat pula ye.. ok.. ok.. Hari ini baru saya free untuk update blog saya.. Kali ini saya ingin menulis tentang kenangan semasa hari kelahiran saya.. 5 mac 2013 tu last paper saya final exam, dan 2 orang kawan saya akan tamat pengajiannya. So, seminggu awal kami semua decide nak keluar pergi makan-makan sahaja.. tapi, saya tak tahu pula mereka semua merancang untuk sambut hari kelahiran saya lebih awal. Hati sedih sebab nak berpisah dengan cik yaya & cik shira, tapi disatu sudut hati ini ada perasaan yang tak tahu nak digambarkan macam mana. Hilang kata-kata semasa sebuku kek sampai dihadapan saya pada malam itu. Nak jerit, malu sebab tempat umum.. Nak nangis pun malu sebab ramai orang masa tu tengah perhatikan group kami.

Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kerana kawan-kawan saya sudi menyambut ulangtahun kelahiran saya.

Dua sahabat yang akan tamat pengajian:
- Shira (Lailatulshahirah)
- Yaya (Masturah)

Sahabat-sahabat yang setia disisi saya waktu ini:
- Sarah (Maryanne Sarah)
- Yana (Nur Diana)
- Christ (Christchopper) ntah x ingt ejaan penuh.. sorry ye baby.. hahaha
- Mr. Shy

Pada kawan-kawan yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan saya, saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas doa2 kalian.

hurmmm.. jom tengok gambar-gambar kenangan malam tu..



















Ahad, 3 Mac 2013

Lumrah berkasih sayang..

Asalamualaikum w.t.t

Kali ini nak share entry sebagai diari umum laa... Dah lama tak buat macam ni..

Hurmmm.. Kenapa tajuk entry kali ni "Lumrah berkasih sayang?" Sebab, saya nak share lah perasaan yang sangat-sangatlah saya cukup tersentuh hati ni.. Sampai terasa nak bawa diri jauh-jauh pun ada.. Hurmm..

Al-maklum jelaa.. Kita ni masih muda remaja lagi kan? Biasalah dengan cerita cintan-cintun ni.. Hehe.. Macam ni, baru-baru ini saya ada sedikit konflik dengan encik Love.. Biasalah, kes orang ke dua, ke tiga, ke empat, ke lima, ke enam dan ke berapa-berapalah.. Kes cemburu la senang kata.. Tapi, cemburu yang kali ini memang patut lah di cemburukan.. Sebab, cemburu kan tandanya sayang.. Saya menjadi pelik teramat sangatlah sebabnya, sejak kebelakangan ini encik Love seolah-olah tidak kisah kemana saya pergi, apa saya buat, dengan siapa saya bercampur.. Call and sms pun da jarang.. Yela, mana tak terasanya.. Dari dulu lagi encik Love layan saya seperti seseorang yang paling dia sayang walaupun merisikokan dirinya. Maklum sahajalah, bercinta jarak jauh. Jarang sekali dapat berjumpa.. Tapi sejak-sejak akhir ni, dia berubah menjadi dingin dan kerap la saya tengok Facebook encik Love ni ada sahajalah perempuan yang bermesra-mesra dengannya...(tapi saya tak stalk profile orang yang tak berkenaan ye, hanya stalk profile encik Love sahajalah..hehe.. ) Memanglah cemburu.. Gila tak cemburu? Tak ada perasaan ke?

Tapi, kali ni saya tak terus call or sms dengan encik Love tanya berkenaan hal ni.. Al-maklumlah, nak belajar menerima segalanyalah katakan.. Dugaan dan cabaran nak di hadapi untuk berfikir secara matang lah kononnya.. Tapi entah macam mana, hati ini tewas dek api kecemburuan dan rasa tidak puas hati.. Haa, berjurai airmata sampai tak cukup baldi.. Peritlah katanya.. Al-maklum sahajalah.. Semuanya dipendam-pendam sampai tak mahu nak bertanya lagi soal ataupun isu Facebook ni kononnya.. Akhirnya, saya sendiri yang sakit.. Tiba-tiba dengar orang surau mengaji. Hurmm.. Sebenarnya, rumah saya tu dekat Je dengan surau.. Bila dengar-di dengar suara orang mengaji tu, saya terpandang sebuah yassin.. Hati pun berbisik, "luahkanlah segala kesedihan yang tak tertanggung itu kepada yang Maha Esa.. InsyaAllah, hati ini akan tenang seperti selalu.."

Saya dengan niat untuk menenangkan diri saya, saya mulakan langkah saya untuk mengambil wuduk dan terus membaca surah yassin. Mula-mula baca tu saya tak boleh nak teruskan bacaan, namun saya teruskan dengan sedu-sedu suara untuk memperoleh ketenangan itu serta meluahkan perasaan kepada yang maha Esa.. Memang agak memalukan juga la kalau jiran-jiran dengar saya baca yasin dalam keadaan menangis. Tapi, saya paksa juga diri saya. Alhamdulillah, selesai membaca sebanyak 2 kali, saya beransur tenang walaupun sedikit.. Masuk waktu maghrib, saya menunaikan solat dan berdoa memohon hati Ku ditenangkan.. Alhamdulillah.. Berkat doa yang di pohon, saya berjaya mendapat ketenangan itu semula.. Kemudian, saya ber'sms' seperti biasalah dengan encik Love tu.. Mesti encik Love tu pelik dengan saya masa tu kan? Hehehe.. Sorry lerrr.. JK la katakan.. (JK - jiwa kacau)

Jadi, nasihat saya kepada kawan-kawan yang sedang dilamun cinta tu.. Rajin-rajinlah meluahkan perasaan bersama Allah swt.. InsyaAllah, jika dia jodoh kita.. Kita akan disatukan juga bersamanya.. Berserahlah kepada yang maha Esa akan jodoh kita.. Tapi, kita boleh meneruskan pencarian calon jodoh kita itu.. Pucuk pangkalnya, inilah lumrah jika kita berkasih sayang sesama manusia berlainan jantina. Apa-apapun, kita perlukan keredhaan yang maha Esa dan juga restu kedua ibu bapa kita.. Hati mesti yakin untuk membuat keputusan, dan keputusan itu haruslah yang lurus.. Bukan bekang-bengkok.. Hehehe.. Diharap, hari ini lebih baik daripada semalam, dan lusa akan menjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya.. InsyaAllah.. Sama-samalah kita berdoa untuk perkara yang baik-baik.. Baik yang dipohon, baiklah yang datang.. InsyaAllah.. Mudah-mudahan..

Wassalam..