Advertiser

Isnin, 16 Mei 2011

Mak & Abah

Mak & Abah..
Anakmu ini sedang menangis,
Merintih tentang kehidupan diperantauan,
Mengenangkan detik mak & abah menyuapkan makanan ketika anakmu ini sedang sakit,
Menjaga serta mendidik hingga anakmu
Berjaya sehingga ke hari ini..

Mak & Abah..
Anakmu ini amat merindukan kamu,,
Merindukan belaian manja
Serta leteran nasihatmu.
Hati remaja yang sering memberontak,
Namun,
Bila hati ini hidup berjauhan denganmu,
Hati ini sering berbisik
Rindu kepadamu.

Mak & Abah..
Anakmu kini sedar
Betapa payahnya kamu mendidik saya hingga saya terdiam
Memikirkan tentang perasaan kamu selama ini.
Anakmu kini mengerti
Akan keluh resah
Tentang keselamatan anakmu ini.

Mak & Abah..
Anakmu berjanji akan menempuhi segala cabaran
Rintangan untuk semangat kejayaan.
Iringan doamu selama ini menjadi kunci semangat untuk anakmu.
Dan..
Akan ku semat hingga ke anak cucu mu kelak.

Mak & Abah
Anakmu ini amat menyanyangimu
Serta merinduimu
Namun hati ini ego kerana tidak mahu berterus terang.
Kerana hati ini ingin membawa diri
Serta berdikari dengan usaha dan doa darimu.
Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah kau lakukan
Demi anakmu yang nakal ini..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan