Bibit perkenalan di alam maya.. Percintaan juga bermula di alam maya.. Walaupun kami 1 negeri, namun, kami tidak pernah berjumpa walau hanya sekali. Dia merupakan insan yang pernah membuatkan diri aku tersenyum gembira walau hati ku lara. Sehingga dia pernah memberikan aku sebuah lagu yang bertajuk TUHAN BERIKAN AKU CINTA nyanyian Ayushnita. Aku berasa sangat terharu sehingga aku mampu menghafal setiap lirik lagu tersebut.. Namun....Suatu hari, handphone aku rosak.. Dan aku belum cukup duit untuk hantar baik pulih.. Semenjak itulah kami tidak berhubung.. Jika kami berhubung pun cuma di alam maya seperti bibit2 permulaan perkenalan.. Sehinggakan aku tidak percaya siapakan insan yang bernama Smallitachi itu.. Pada suatu hari,aku cuba menghubunginya,aku terkejut,,seolah2 itu bukan dia.. Tapi.. memang betul pun itu bukannya dia.. Yang aku jadi terpinga2 ialah,lelaki itu menyebut nama Nasrul.. Ku ingatkan kekasih lama sehingga aku tidak mampu berkata apa2 lalu ku tamatkan panggilan telifon itu.. Tidak lama kemudian,dia menelifon ku semula dan bertanyakan kepada aku bahawa benarkah aku ada menghubunginya.. Setelah itu,aku pun membalas dgn kata YA.. Waktu itu aku ingin bertanyakan tentang nama sebenarnya,tetapi aku LUPA akibat terlalu seronok melepaskan rindu apabila dia menghubungi ku.. Tidak lama kemudian, dia membuat akaun facebook yang pada masa itu hangat dan ramai yang gemar membuka akaun FACEBOOK itu.. Aku mula menjelajahi akaunnya.. Tetapi hati aku tiba2 hiba dek kerana dia sudah melupakan aku. Dia sudah mencari pasangan yang lain sehingga aku sendiri yang terima kekasih barunya menjadi rakan alam maya ku juga.. Aku pasrah dan aku biarkan dia pergi tanpa berkata apa2.. Dalam hati aku, biarlah dia mahu bercinta dengan sesiapa pun asal aku tahu dia bahagia dengan pasangannya..
Semoga diri awak terus kekal disamping dirinya dan menjadi insan yang baik2.. Jangan cepat melenting bila orang lain usik awak ya.. Itu sajalah nasihat saya untuk awak.. Cuma yang saya mahu awak tahu,saya tak pernah marahkan awak walau apa pun keadaan awak terhadap diri saya..