Assalammualaikum wbt.
Ini adalah penulisan yang pertama buat tahun 2015. Alhamdulillah.. Syukur kerana Allah masih memberikan saya kesempatan dan peluang untuk menulis lagi.
Baiklah.. Kali ini saya hanya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sedar.
Mungkin semua yang membaca agak tertanya-tanya, apakah yang "Sesuatu" yang saya maksudkan ya..
Macam ini...
Pernah dengar ungkapan "Sayang" ?
atau
Pernahkah kamu dengar ungkapan "Benci" ?
Sudah semestinya semua yang membaca pernah dengar bukan?
Baiklah.
Begini kisahnya........
(..Cerita ini khas untuk kaum Adam atau yang terasa nantilah..)
Cerita Pendek Sahajalah..
OK..?
Jika buah hati atau pasangan anda bertanya, " Awak sayang saya tak..?"
Dan kemudian, kamu terus menjawab, " Tak! "
Pastinya si dia akan berdiam diri sebentar.
Kemudian ditanya lagi soalan yang sama.
Lalu kamu terus menjawab, "Benci awak.."
Kamu tidak perlu terasa hati dengan kata-kata yang telah di jawab oleh pasangan kamu.
Cuba kamu melihat dan meneliti situasi cara si dia menjawab soalan kamu.
Suasana romantik?
Suasana tegang?
Percayalah kamu dengan isihati kamu dan sejauh mana kasih sayang yang telah kamu berikan kepada si dia. Bukan semua yang diungkapkan itu benar-benar maksudnya. Mungkin ianya sekadar ujian buat kamu kerana si dia mahu melihat cara kamu mengatasi suasana seperti itu. Pernah dengar ungkapan " Benci tapi Sayang" kan? Samalah maksudnya seperti apa yang ingin saya sampaikan.
Saya sendiri sebagai seorang yang mempunyai hati dan perasaan memang gemar menimbulkan suasana seperti itu. Kenapa? Kerana saya mahu melihat sendiri cara si dia mengawal situasi dan memahami hati saya.
Cara saya untuk menjawab soalan seperti itu tidaklah sekeras seperti nada amarah. Namun, saya gemar menjawab dalam keadaan gurauan. Mengapa? Kerana jika saya di lukai, tidaklah terasa sakitnya. Kata-kata seperti itu juga mampu membuatkan saya terus kuat walaupun dilukai.
Mujurlah saya dipertemukan dengan seorang yang suka berjenaka seperti saya. Sedikit sebanyak apa yang telah saya katakan itu dapat diterima juga difahaminya. Begitu jugalah dengan ungkapan " Sayang " dan " Benci " seperti yang saya cuba sampaikan dari tadi.
Belajar memahami pasangan anda lebih baik daripada terus menerus berfikir mahu mencari insan lain sebagai penggantinya.
Ikhlas daripada saya,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan