Advertiser

Jumaat, 7 Jun 2013

Teringin


Assalamualaikum.. Salam jumaat buat semua pembaca entry blog saya.. Disini, saya ingin berkongsilah sedikit perasaan saya.. 

Bermulanya dengan sifat teringin nak makan bakso. Saya ni tidak boleh makan daging lembu or kambing.. Sebabnya nanti saya mulalah rasa mual-mual tekak, pening kepala dan terasa macam nak termuntah. Memang sejak kecil lagi saya alami situasi begini. Saya pun tak berapa pasti mengapa dan kenapa saya begini. 

Mengikut dari rekod kesihatan saya, saya mengalami tekanan darah rendah, tapi mengikut kata orang-orang yang berpengalaman kata saya menghidap darah tinggi. Saya pun musykil tetang keberadaan diri saya. Namun, saya tolak ketepi apa pun yang orang katakan. Hari demi hari saya cuba untuk meratah daging lembu or kambing dan hari demi hari itulah saya kerap mengalami situasi sebegitu. Saya tidak berputus asa, tambah pula saya suka tengok orang makan bakso. 

Dari suka melihat orang yang asyik menikmati bakso, lahir perasaan teringin nak makan bakso pula. Degilkan saya ni? Walauapapun, saya mesti cuba. Kalau tak cuba, sampai bila-bila pun saya tak dapat lawan keinginan saya ni. Sebelum ini, saya memang kerap mencuba makan bakso, tapi sesudah makan, mulalah penyakit segala penyakit itu datang bertalu-talu. Geram jugalah.. 

Dan akhirnya pada hari jumaat ini saya dapat memakan bakso. Mungkin sebab bakso ni tak berbau daging. Saya pun seronoklah menikmati hidangan yang sekian lama di idam-idamkan ini. hehe.. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit perasaan pening kepala ni, tapi saya bersyukur tidak seteruk yang sebelum ini.. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk menikmati hidangan yang sangat lazat ini.. 

Next time, bolehlah saya pekena bakso kat kedai makcik ni.. Kedai makcik ni dalam kawasan perhentian bas di bandar Kluang,Johor. Di bahagian atas perhentian bas, nombor kedainya kalau tak silap saya nombor 27. 

Sekian, wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan