Advertiser

Ahad, 2 Jun 2013

Tangisan Hati Senyuman di Bibirku..

Senyum dalam duka,
Membuatkan kita benar-benar leka sedikit dengan masalah..
Senyum dalam duka,
Membuatkan kita berseri selepas menangis..

Tangisan kerinduan berpaling pada yang lain,
Membenarkan hati dimiliki serta di sayangi.
Bahkan ku tahu, 
Jauh nun disana kau sedang memerhatikan diriku..

Sungguh ku menanti dirimu,
Aku membuka pintu hatiku pada yang lain.
Sungguh ku merinduimu,
Aku jatuh sayang pada yang lain.

Andai kau mampu mencuri hatiku kembali,
Akan ku hadir dalam kenangan itu..
Andai kau membiarkan hatiku menjauh,
Biarkanlah aku hidup bersamanya..

Maafkan aku,
Andainya aku membuat kesilapan ini..
Aku tak mampu menunggu noktah yang belum pasti..
Berikanlah aku sebuah kepastian itu..
Agar aku mampu mencipta cerita bahagia,
Di masa mendatang esok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan