Advertiser

Khamis, 15 Ogos 2013

Rahsia Saya Semakin Gebu Hanya dengan Bedak Sejuk..

Assalammualaikum..

Ramai kawan-kawan saya tanya, saya pakai produk apa sampai boleh jadi gebu.. Saya pun hanya menjawab dengan jawapan,"Guna bedak sejuk dengan sabun betik je.."

Mulanya, mereka semua macam tak percaya.. Tapi hakikatnya, itulah rahsianya.. Hanya kawan yang pernah duduk serumah dengan saya je nampak macam mana saya bersolek.. 

Saya ni, tak pernah lagi buat facial muka.. Sebabnya saya takut bila dengar kawan-kawan yang pergi buat facial tu katanya sakit sangat. So, saya tak pernah teringin untuk membuat facial muka apatah lagi bila terima tawaran menarik sekalipun tidak membuka hati saya untuk ke salon buat facial. Sebaliknya, saya gunakan kaedah traditional sahaja.. 

Semasa bangun awal pagi, saya amalkan cuci muka dengan bacaan bismillah serta selawat keatas nabi. Kemudian, saya cuci muka menggunakan sabun betik yang telah di pasarkan oleh syarikat RDL..  Selesai membersihkan diri, saya sapu bedak sejuk ke atas muka saya dengan menempek-nempekkan sahaja.. Biarkan kering, kemudian barulah saya gosok bagi rata macam pakai bedak..

Waktu malam sebelum tidur, saya tempekkan bedak sejuk kat muka untuk di jadikan mask. Saya biarkan sahaja sampai keesokkan paginya.. Kadang-kadang, bila duduk rumah tak keluar pergi mana-mana, saya pun tempek lagi muka saya dengan bedak sejuk tu macam pakai mask. 

Itu sahajalah rutin harian saya bersama bedak sejuk.. 

Ini muka saya masa baru-baru gunakan bedak sejuk sebagai bedak harian..


Ini pula gambar selepas beberapa bulan guna produk bedak sejuk dengan sabun betik tu.. 


Inilah dia rahsia kecantikkan saya.. 

Pada kawan-kawan yang ingin mencuba, sila lah mencuba.. InsyaAllah, berkesan jika kita yakin dengan ciptaan Yang Maha Esa.. 

Sekian, Wassalam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan