Advertiser

Jumaat, 20 September 2013

Cincin Emas Sepasang Merpati

Cincin emas menjadi pilihan,
Pilihan buat sepasang merpati.
Merpati kini mengorak langkah,
Terbang menuju langit nan biru.

Tirai kehidupan bakal dipasang,
Dihiasi dengan corak menawan.
Untuk penaik seri,
Keselesaan dirumah.
Juga kepuasan hati.

Kehidupan bermula dengan cabaran,
Harus dihadapi dengan cekal.
Kelak mewarnai kain yang putih,
Sebagai ganti tirai yang lama.

p/s: puisi diatas mempunyai maksud yang sangat tersurat dan tersirat yang mungkin senang difahami atau sukar difahami. Namun, maksud utama puisi ini adalah persediaan sebelum mendirikan rumah tangga, agar rumah tangga yang dibina itu mendapat keredhaanNya. InsyaAllah.. Amin.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan