Advertiser

Ahad, 24 April 2011

Igauan Semalam


            
Seorang gadis bersama adiknya sedang menaiki bas yang sangat padat dengan penumpangnya. Dia duduk di tengah-tengah diantara kerusi penumpang. Kerusi penumpang itu seperti kerusi bus ekspress. Tiba-tiba datang seorang pemuda dari arah belakang lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis tersebut. Dia terkejut dan merasa hairan. Lalu pemuda itu memulakan perbicaraannya.
            “Hai, boleh saya berkenalan dengan awak?”
            “Ermm, awak nak apa ni?”
            “Saya nak berkenalan dengan awak lah. Boleh?”
            “Ermm..”
            “Nama awak apa?”
            “Saya, Nia..”
            “Oh, saya Amir. Awak nak pergi mana ni?”
            “Saya nak balik rumah lah.”
            “Sekolah lagi ye..”
            ‘Ye,, Kenapa?”
            “Tak ada, Tanya je..”
Tiba-tiba bas yang dinaiki itu seperti hilang kawalan. Kedengaran bunyi hon bus dan lori. Dalam masa itu jugak lah tangan gadis tersebut ditarik untuk terjun keluar dari bas berkenaan. Gadis tersebut berasa hairan dan tidak memahami apa yang cuba dilakukan oleh pemuda itu.
            “Apa ni??”
            “Cepat !! Kita terjun keluar dari bas ni !!”
            “Saya tak nak !! Saya tak mahu.”
Pemuda itu tidak memperdulikan kata-kata gadis tersebut. Lalu ditariknya dengan sekuat hati. Kemudian, mereka berjaya keluar dari bas tersebut. Gadis itu melihat pemuda itu lalu bertanya,
 “Kenapa kita keluar dari bas itu?”
            “Cuba naik atas itu, dan lihat apa yang ada disana.”
Gadis itu mendaki bukit yang tidak berapa tinggi lalu melihat apa yang ada disekelilingnya. Dia melihat ada sebuah jalan yang berselekoh tetapi dipenuhi lumut seperti jalan itu tidak pernah digunakan oleh orang awam. Gadis itu mula berasa sangat cemas lalu turun untuk mendapatkan pemuda itu.
            “Kat atas tu kosong! Kenapa bawa saya ke sini?“
Pemuda itu hanya tersenyum sambil mengasah kayu menjadi tajam. Gadis itu bertambah takut dan gelisah terus melarikan diri tanpa memikirkan keadaan jalan yang dilaluinya. Dilihat kebelakang seolah-olah pemuda itu sedang mengejarnya. Gadis itu hanya berlari dan menjerit ketakutan.
            “Jangan !!!!!! Tolong !! Tolong !! Tolong !! “
Gadis itu berlari kearah jalanraya. Syukur kerana ada sebuah kereta memberhentikan kenderaaannya lalu melihat gadis yang cemas itu.
            “Kenapa ni dik?”
            “Abang, tolong saya.. “
Lelaki tersebut kehairanan lalu dilihatnya keadaan disekitar kawasan itu.
            “MasyaAllah !!! Mat, kau telefon ambulan cepat !!“
            “Ok-Ok.”
Jawab kawannya. Dia terus membuat panggilan ke 999 lalu melaporkan keadaan disekitarnya. Gadis itu ditenangkan oleh mereka. Tidak lama kemudian, kawasan itu telah dikerumuni dengan orang ramai.

Keesokan harinya, pemuda itu datang melawat gadis tersebut. Dia melihat gadis itu dengan rasa sayu serta bersalah. Tidak lama kemudian, gadis itu sedar dari tidurnya. Lalu berkata…

            “Jangan dekat dengan saya !! “

Dia seolah-olah terbayangkan situasi yang tidak dilalui oleh mereka. Dokter datang bersama jururawat untuk menenangkan gadis tersebut.

            “Adik, adik dalam hospital ni.”

Gadis itu mula mendiamkan diri sambil berkata..

            “Kenapa saya ada disini?”

            “Biar dia menerangkan semuanya kepada adik ye.” Jawab dokter itu.

            “Awak tak ingat ke kenapa saya tarik tangan awak? Kita terjun keluar dari bas?” Tanya pemuda itu.

Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

            “Awak.. Saya tarik tangan awak sebab saya nak selamatkan awak. Bas yang kita       naik itu nak menjunam ke gaung. Lepas kita terjun, awak tengok sendiri bas itu jatuh ke dalam gaung. Awak Nampak sendiri bas itu meletup dan terbakar. Awak ingat tak?”



           “Tapi kenapa awak asah kayu dan melihat saya seperti ingin melakukan sesuatu
 pada saya?”

            “Saya tak ada buat apa-apa. Kaki saya patah, nak bangun kejar awak pun saya
tak berdaya dah. Inikan pula nak berdiri mengasah kayu.”

            “Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?”

            “Apa yang saya ceritakan tadi, itulah situasi sebenarnya, awak..”

            “Ya Allah..”



Gadis itu menangis dan tersedar dari khayalannya. Lalu dia bertanyakan keadaan penumpang yang lain.
          
            “Awak,penumpang yang lain macam mana?”

            “Penumpang yang lain tak dapat diselamatkan. Semuanya dah terbakar.”

            “Ya Allah !!! Adik saya macam mana pula?”

            “Adik awak?”

            “Ya, adik saya duduk sebelah dengan saya.”

            “Maafkan saya awak. Saya tak tahu itu adik awak. Maafkan saya, saya tak dapat
selamatkan adik awak masa itu.”

“Adikkk…”


Gadis itu hanya mampu menitiskan airmatanya. Perasaan kesal, sedih, sayu serta tidak berguna lahir dari pemikirannya.

"Adik, akak minta maaf kerana kakak tak mampu untuk menyelamatkan adik dan tak mampu menjadi seorang kakak yang baik untuk adik. Adik, kakak sentiasa menyayangi adik. Doa kakak sentasa buat adik. Semoga adik tenang disana."


P/S : Cerita ini sekadar rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke Rahmatullah.
Sesungguhnya, kita yang hidup ini haruslah menerima kenyataan dan meneruskan perjalanan hidup kita dengan sebaiknya. 
Kehidupan kita tidak akan terlepas dari menhadapi saat-saat panggilan kembali pangkuan-Nya.
 Jadi, haruslah kita beringat-ingat sebelum kita mati.


Nukilan - Dya Ina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan