Mengapa diri ini selalu terbuai dengan cinta
Yang sering memberi pelbagai andaian
yang belum pasti untuk diri ini?
Adakah aku harus menerima keadaan seperti ini
untuk meneruskan detik degupan jantung
sehingga ke nafas yang terakhir nanti?
Apakah yang bakal aku hadapi
jika aku tewas lagi
untuk mencapai langkah seterusnya
dalam sebuah perhubungan seperti ini?
Ku ingin pergi
namun hatiku berat
kerna aku telah menyayanginya
seperti aku perlukan nyawa untuk terus hidup.
Andai dia terpaksa pergi dari hidupku,
kemanakah jalan yang harus ku tuju?
Pada siapakah yang menjadi tempatku mengadu dan bermanja?
Siapakah yang akan menegur setiap gerak geri ku?
Serta kelakuan ku?
Aku~Dia~Kamu
Mungkin menjadi persoalan
serta sukar untuk membuat pilihan jika diberikan pilihan sebegitu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan