Assalamualikum w.t.t
Hari ini Dya Ina cuma nak berkongsi sedikit perasaan Dya Ina.. Alhamdulillah, ini adalah final semester Ina untuk program Diploma in Biotechnology. Jika tiada apa yang menjadi penghalang, insyaAllah ini adalah last semester. Aminn..
Pada kebiasaannya, setiap student dalam jurusan saya akan diwajibkan untuk membuat final project untuk smester akhir. Jadi, saya dah jumpa dengan supervisor saya iaitu Madam NorMadiha. Kata dekan saya, dia mahir dalam bidang tissue culture. Jadi, saya sebagai anak buahnya turut membuat tissue culture juga.
Walaubagaimanapun, saya menjadi dilema kerana saya ada dua jenis tumbuhan untuk melaksanakan projek saya ini. Iaitu Ulam Pegaga dan Pokok Misai Kucing. Setelah saya selidik dan bertanya-tanya sama ada di google mahupun facebook, Pokok Misai Kucing ini sudah banyak produk yang telah berjaya berada di pasaran Malaysia. Namun, Ulaman Pegaga ini tidak terlalu luas untuk di jadikan produk.
Saya membezakan kedua-dua sumber ini, khasiatnya lebih kurang sama. Cuma, jenis tumbuhan Pegaga ini lebih dikenali sebagai penawar penyakit sperti demam kuning, asma, peredaran darah juga awet muda. Namun Pokok Misai Kucing pula lebih dikenali sebagai penawar penyakit kencing manis, keputihan, gout, batu karang dan juga peredaran darah.
Yang menjadi dilemanya, saya suka kedua-dua sumber ini. Saya masih tidak dapat memutuskan sumber yang manakah saya akan gunakan. Adakah Pegaga? Atau Pokok Misai Kucing? Mungkin saya akan rujuk kepada supervisor saya dahulu agaknya. Sama-sama berbincang. InsyaAllah jika saya sudah memutuskan sumber yang manakah saya akan gunakan untuk final semester project saya, saya akan menulis lagi..
Sekian sahaja buat ketika ini..
Wasalam..
ina..supervisor awak, madiha dulu junior saya kat um..dua 2herba ni ada potensi yang baik..ape yang penting projek tesis ni awak dpt skill yang baik tentang culture tissue, once u get the techniques, whatever pokok pas ni dh buleh buat..cuma kena ubah sikit2 technique dia,,technique sterile plg penting sbb guna mula2 nk dpt callus sterile...tp klu supervisor suggest buleh terus cuba dptkn multiple shoot..boleh juga cuba kedua2 pokok, kalau satu tak jadi, satu lg pokok ada lagi....-sarini-
BalasPadamlaaa.. yeke. no wonder la dy pon ok jgk.. sory bru bce comment madam.. bru free k update blog.. hehehe
BalasPadam