Advertiser

Rabu, 2 November 2011

Gua Di Sebuah Pulau



Ada seorang lelaki. Dia tersesat di sebuah pulau yang tak diketahui. Dia berjalan disekeliling pulau tersebut hingga terjumpa sebuah gua yang mempunyai dua pintu masuk. Dia keliru kerana tidak dapat membuat keputusan untuk masuk mengikuti pintu yang mana satu. Dia duduk di depan pintu gua itu sambil mengira, “1,2,3,4,……..10”. Pada kiraan ke sepuluh, jari telunjuknya menunjukkan pintu disebelah kanan. Kemudian, dia masuk kedalam gua tersebut.

“Eh, gelapnya gua ni.? Apakah sumber makanan yang ada didalam sini ye?” Dia berjalan dan terus berjalan hingga jauh ke dalam. Tiba-tiba ada tiupan angin. “Taufan ka nih? Arrgghhhhhh, larriiiii!!!!!!” Dia berlari meluru keluar dari gua tersebut. Dia berasa hairan tentang keberadaan angin didalam gua tersebut. Kemudian, dia memikirkan untuk cuba memasuki pintu gua yang disebelah kirinya.
“Eh, sejuknya. Kenapa lecak ni? Haa, mungkin ada sumber makanan disini.” Dia meneruskan perjalanannya hingga kedalam. Setibanya didalam gua, dia mendapati ada sebua gerai cendol. “Eh, ada orang jual cendol la. Tapi mana penjualnya ye?” Dia terdiam seketika sampai berfikir, ‘Ini rezeki, dapat free ni.Ahh, kebas je la’. Dia berusaha sedaya upaya untuk mengambil kesemua cendol tersebut. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, dia pun keluar dari gua tersebut.

Dia melihat keadaan gua tersebut lalu berkata, “Ahh, leganya bila dapat korek hidung. Hehe”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan