Advertiser

Rabu, 30 Mac 2011

Sepi Tanpamu..

Dia kerap menghubungi aku. Sehinnga aku dapat merasa sesuatu yang baru dalam diri aku. Semua gerak geri dirinya sentiasa ku tahu. Kemana dia pergi, apa yang dia sedang lakukan serta dengan siapa dia bersama. Semuanya mudah difahami serta tidak ada syak wansangka buruk. Kehidupannya yang sering membuatkan aku tertawa,menyinari seluruh jiwa ini. Bahkan dia juga sering mengingatkan diri ini kepada kehidupan harian seperti makan,minum,pkaian serta pergaulan. Cara dia menegur amat disenangi walaupun diri ini sering terasa. Namun, aku hanya berfikir yang positif sahaja.

Kemudian, suatu saat dia memberitahu tentang aktiviti yang akan dia lakukan pada hujung minggu ini bakal membuatkan kami terputus hubungan seketika diatas sebab-sebab yang munasabah. Walaupun dia gembira untuk mengikuti aktiviti sebegitu,namun aku tidak mahu berterus terang tentang perasaan diriku kerana ditakuti akan merosakkan MOOD dia untuk bergembira.

Sejurus itu, dia senyap tanpa sepatah kata. Diriku resah gelisah kerana tidak dapat mengetahui segala perkembangan dirinya. Setiap saat diriku di rundung resah gelisah sehingga tidak dapat melelapkan mata dengan tenang. Setiap hari, aku capai telefon bimbit serta mendail nombor telefon dia. Namun, ku hampa dek kerana operater yang seringkali menjawab panggilan ku. Ku runsing serta tidak tahu bagaimana lagi cara yang dapat aku lakukan demi meminta khabar darinya.

Tidak lama kemudian, dia menghubungi aku. Namun, aku tidak dapat menjawab panggilan nya kerana sedang sibuk mejalani kewajipan diri. Setelah selesai kewajipan diriku, aku terus menelefon dia dengan harapan, aku dapat meluahkan segala kerunsingan serta kerinduan diri ini terhadap dirinya. Namun, aku hampa kerana dia masih tidak dapat merasakan apa yang aku rasakan.

Setelah itu, kami kerap berhubung namun, tidak seperti dulu kerana aku mula mencurigai dirinya. Tidak tahu mengapa tiba-tiba aku merasakan seperti ini. Mungkinkah aku terlalu menyanyagi nya atau aku mula melunturkan kepercayaan diriku terhadap dirinya? aku binggung. Aku mula bersikap dingin terhadap dirinya sehingga dia sering menyedari akan perubahan diriku.. Namun ku tepis segalanya agar aku terlepas dari pelbagai persoalannya.

Namun, ianya telah mengundang kemarahan kepada dirinya. Aku faham kerana tidakkan aku yang dingin seperti ini akan membuatkan dirinya berasa marah serta melunturkan kepercayaan nya terhadap diriku pula. Tetapi, aku tiada pilihan lain melainkan berkata bahawa diriku hanyalah baik-baik sahaja.. Aku dapat menyakinkan nya.. namun aku menangis sendiri tanpa kata.

Akhirnya, ku kehabisan kata-kata untuk berbicara bersamanya walaupun hati ini amat merinduinya. Baru aku sedar bahawa aku, tidak mampu hidup tanpanya. Suasana menjadi suram tanpa senyuman yang ikhlas dari aku. Maafkan diri ini kerana membohongi perasaan ku terhadapmu.

2 ulasan:

  1. hmmm...xlama lg org tu akan sedar betapa kuatnya ina menyayanginya..sabar k...

    BalasPadam
  2. ish.. ade pulak relate dgn ina.. hurm..

    BalasPadam