Advertiser

Sabtu, 5 Februari 2011

Identiti hati

Sedetik titik permulaan,
Dihiasi dgn penuh warna-warni,
Sehelai kain menjadi bahan peragaan si ayu.
Berbagai aneka motif yg terhias.
Menggamit hati si pemakai.

Bahkan,si jejaka juga mampu memiliknya,
Dengan sejumlah nilai tanpa batasnya.
Lalu dihadiahkan kepada si jantung hati
Tanda ingatan setulus hatinya.

Namun,adakah nilai pemberiannya itu amat berharga
Berbanding kemesraan yg telah lama menghilang?
Alpa dengan duniawi,
sehingga hilang rasa kasih dan sayang
Kepercayan meluntur hati.

Dek sukar bersua.
Seringkali kata-kata "sibuk" menjadi alasan.
Adakah itu kunci kasih kasih sayang
Dalam sesebuah perhubungan?

Dimanakah letaknye erti sebuah perhubungan
Dalam meniti sebuah mahligai indah.
Persengketaan bukan penyelesaiannya.
Hadapi hidup dgn ketabahan
Serta kekuatan kepercayan.
Saling sayang.

~Nukilan Dya Ina~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan