Advertiser

Selasa, 10 Mei 2011

Antara Aku, Dia & Kamu..


Kamu dan Dia berpisah kerana tidak ada sefahaman lagi juga sukar untuk berinteraksi sehinggalah Kamu berjumpa dengan Aku. Kamu sering berkongsi masalah Kamu tentang si Dia kepadaku. Setiap hari Aku mendengar segala rintihan darimu. Aku hanya menjadi tempat untuk Kamu meluahkan apa yang Kamu tidak dapat memahami tentang situasi Dia.Aku ini hanyalah pendengar setia yang mampu memberi sedikit nasihat serta sedikit pendapat sahaja. Bukanlah pakar dalam bidang memberi nasihat mahupun motivasi cinta.

Tiba-tiba Kamu berkata kepadaku, bahawa Kamu ingin berjumpa dengan Aku di sebuah taman dimana Kami mula-mula bersua muka. Aku hanya berfikir bahawa Kamu masih ingin bercerita tentang Dia kepada Aku. Aku turutkan sahaja permintaan Kamu.
Setibanya Aku di tempat yang dijanjikan, Aku terlihat Kamu dan Dia ada bersama. Aku terfikir,

“Adakah mereka sudah berbaik semula? Alhamdulillah jika Kamu dan Dia sudah boleh bersama semula.”

Aku terus melangkah kearah mereka. Setibanya Aku di sana, mereka saling berpandangan seperti ada yang tidak kena kepada diri Aku. Lalu Aku bertanya kepada mereka,

“Mengapa Kamu melihat Saya sedemikian rupa? Adakah Saya memakai baju yang terbalik atau terkoyak?”

Mereka hanya menggelengkan kepala. Namun, Aku menjadi tanda tanya. Tidak lama kemudian, Dia menceritakan hal yang sebenar-benarnya kepada Aku tentang mereka. Sungguh tidak ku sangka, beginikah dugaan dan cabaran yang harus Aku alami? Mereka bukanlah pasangan kekasih yang hangat bercinta, tetapi mereka adalah pasangan suami dan isteri. Ya Allah. Mengapa Aku tidak bertanya akan hubungan mereka. Tetapi, mengapa Aku harus bertanya, bimbang akan Kamu menyalah tafsirkan apa yang Aku tanya.

Aku hanya mendengar kesemua luahan mereka berdua. Sememangnya mereka tidak sefahaman kerana salah seorang dari mereka tidak dapat menunaikan kewajipan yang telah di janjikan oleh mereka sendiri. Aku cuma mampu memberi cadangan supaya mereka pergi ke rumah kebajikan.

Selang beberapa bulan, Kamu menghubungi Aku lagi mengatakan bahawa mereka sudah di luluskan. Alhamdulillah, Syukur. Tetapi kedengaran suara orang membaca Yassin di kawasannya lalu Aku bertanya kepadanya,

“Mengapa ada suara orang membaca Yassin dan esakkan tangisan?”

Dia hanya berkata,

“Awak, Saya ingin berjumpa dengan Awak. Ada seperkara yang ingin Saya sampaikan.”

Kedengaran seolah-olah amat sirius. Tanpa berkata panjang, Aku terus bertanyakan, dimana dan pukul berapa Kami akan berjumpa. Selepas itu, Aku berhasrat untuk membawa teman agar Aku tidak akan disyak atau difitnah oleh orang sekeliling kerana Kamu adalah suami orang.

Keesokkan harinya, Aku dan Temanku pergi ke tempat yang di janjikan itu. Setibanya Aku di sana, Aku hanya terlihat Kamu bersama seorang Bayi kecil serta membawa segala kelengkapan Bayi tersebut. Aku dan Temanku menghampirinya lalu bertanyakan soal keberadaan isterinya. Kamu hanya terdiam dengan merenung jauh ke jalanraya. Aku memintas renungannya lalu meminta Kamu untuk bercerita apa yang telah berlaku semasa Kamu menghubungi Aku semalam.

Dia bercerita dengan suara yang sayu, dan ceritanya telah ditangisi oleh airmata lelaki yang tidak pernah Aku lihat. Kamu mengeluarkan sepucuk surat dan memberinya kepada Aku. Surat itu jelas tertera nama Aku dengan tulisan yang sangat kemas dan bersih.

Assalammualaikum w.t.t.


Nana, ketika awak membaca surat saya sudah semestinya saya tidak berkesempatan untuk bersua muka bersama awak. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada awak kerana awak banyak memberikan nasihat kepada suami saya. Terus terang saya katakan, saya amat terkejut bila melihat perubahan suami saya. Dan kini, dia mampu menerima kenyataan bahawa saya akan pergi meninggalkan dia bersama anak angkatnya.


Nana, bayi yang ada bersama suami saya itulah anak angkat yang pernah awak cadangkan ketika kami berjumpa dengan awak. Namun, saya tidak dapat menjaga bayi itu dalam tempoh yang panjang kerana saya sudah tidak dapat menahan rasa sakit ini. Saya ada satu amanat untuk awak menunaikannya. Saya harap, awak dapat melaksanakannya.


Nana, saya ingin awak bernikah bersama suami saya. Bolehkah awak menunaikan amanat saya ini? Kerana saya amat bimbang jika saya meninggalkan Dia berseorangan bersama bayi tersebut, Dia tidak akan merasa apa yang Dia impikan selama ini. Harap Nana dapat menerima Dia kerana saya hanya mempercayai awak untuk menggantikan tempat saya sebagai seorang isteri buat suami saya.


Disini, saya ada meninggalkan Dia sebentuk cincin yang tidak sempat saya menyarungkan dijari manis awak kepada Dia. Saya ingin bermadu dengan awak tertapi saya tidak berkesempatan. Nana, saya minta maaf kerana permintaan saya ini membuatkan awak jadi kurang selesa. Tetapi, saya ikhlas untuk mengatakannya. Terimalah Dia untuk saya, Nana..


Ikhlas dari,
Suhaila

Aku tergamam. Hanya titisan airmata yang membasahi pipiku. Temanku berasa hairan lalu membaca surat tersebut. Aku meminta untuk mendukung bayi tersebut. Ku lihatnya terasa seperti sangat kasihan kerana sekali lagi tidak berpeluang untuk membesar melihat ibu angkatnya. Aku hanya memandang Kamu seolah-olah menginginkan kepastian adakah semua ini benar atau sebuah rekaan. Tetapi, Kamu hanya mengeluarkan sebentuk cincin yang di nyatakan seperti dalam surat tersebut.


Aku pulang ke rumah serta memikirkan amanat Dia kepada Aku. Ianya amat besar dan berat buat diriku. Aku berfikir jawapan yang pasti namun Aku terlewat. Aku menerima panggilan bahawa Kamu telah meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya bersama Bayi tersebut. Aku kesal dan menangis kerana bersalah tidak dapat melaksanakan amanat arwah Suhaila. 

Aku bergegas ke tanah perkuburan. Setibanya aku di tanah perkuburan, jenazahnya telah selamat dikebumikan. Aku menghampiri pusaranya. Ku lihat berhampiran bersama pusara Bayi tersebut serta pusara Suhaila. Aku menbaca surah Yassin sehingga tidak dapat menahan rasa sebak didada. Selesai membaca, Aku menyiramkan air mawar ke pusaranya.

‘Suhaila, saya mohon maaf kerana tidak sempat menunaikan amanat awak. Saya kesal atas perbuatan saya yang mengambil masa yang agak lama untuk menentukan keputusan buat diri saya. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Suhaila, maafkan saya sekali lagi kerana tidak dapat berbuat demikian. Semoga awak tenang disisi-Nya. Amin’


sumber gambar diperolehi dari:

Ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena samada yang hidup mahupun yang telah tiada.

Nukilan : Dya Ina
12.30am 10 mei 2011

Isnin, 9 Mei 2011

Looking New Talent a.k,a New Model.

Salam,
Hye,
Dya Ina ternampak 1 status yg mengatakan ade butik nak cari talent or model untuk dyrg nye collection la.
Then, Ina terasa mcm nak try la..
sbb tgk baju2 tu cute2 n cantik2..
Pastu ade discount lgi tgk bju dyrg.. 
xcaya jum tgk..







ish byk la.. 
kena tgk sendri la k..
Dya Ina rasa mcm nak try, 
tp still belum ade confirmation lgi if Dya Ina ni layak ke x.
But, just submit my port folio la kt dyrg..
Biar dyrg menilai sendri la samada Ina layak atau x..
If u all nak try pon, 
ape salahnye.. jum ler kite same2 try..
jom2.. (" ,)
Follow the following step ok..
gud luck my fwens..

1) Please fill in info-info anda seperti ini:

Name : 
Date of Birth : 
Telephone : 
Email :
Height : 
Weight : 
Measurement : 
Shoe Size : 
Hair Colour : 
Hair Length :
Eyes Colour :
Ethnicity : 
Skin Colour : 
Experience :
Full Body Picture: 

 P/S: If you do not have any experience, PLEASE state as NO since I don't want to work with a liar.

And send the details at my Facebook message :


or

Email it to: agashi.eila@gmail.com


2) Next, you need to follow all this blog:




 And let me know what number are you in the followers list please. :)


Then, jum la same2 kite follow blog sesame kite.. 
blog dya ina pun..
hihiihi..
<sibuk je Ina ni aekk>
kihkihkih



3) Next step, we would LOVE it if you can follow us in Facebook for any infos regarding this project:




Note that if you are failed to do so, I won't entertain any kind of misleading information okay. 
So be wise.


4) Sila buat entry mengenai Pencarian Model ButiKafe ini di blog anda. Spread the words ladies! Don't keep it to yourself since everyone has their equal chance in becoming our next models! 
(This is not a competition)
LET YOUR FRIEND KNOW BOUT THIS!

The Perfect Place for Your Perfect Look

Juga sila letakkan banner ini di blog anda, terima kasih! :)
(Tinggalkan link anda di entry ini, I need to check them out!)


5) This is open to anyone regardless your size, age and race. So, we need you to be apart of us as Me myself will be handling all the photoshoots event, please be prepared as I will call all of you for it and 100% commitment shall be impose during this photoshoot!


6) This is open to newbie also. Don't be shy, LET US be the one who help you guys in this arena. We are very pleased and honored to helping you ladies in creating better future. 
But bear in mind that we will have a talk if you got selected to be our models.


Sebarang pertanyaan boleh lah berbuat demikian di FB saya ataupun tinggalkan comment di ruangan entry ini and I'll get back to you.


We are so excited about this! So ladies let's work together! :D


P/S: Ladies who had already send out their details to me, I'll call you for our first time ever photoshoot with ButiKafe. Yes Yes you'll be wearing our exclusive collections! :)


Lastly from Dya Ina
Jum ler same2 join,
nanti kita boleh kenal2 lg..
Bak kata org
Jauh perjalanan, luaslah pemandangan kita..

Kucing Bertompok Hijau



Taman yang indah, dipenuhi dengan bunga-bungaan serta kicauan burung yang asyik keriangan. Desiran angin yang mendinginkan bersama awan yang kebiru-biruan. Indah pula dengan tasik yang tenang bak indah ciptaan yang Maha Esa.

Terdengar bunyian cengkerik bak irama muzik yang syahdu. Oh, alangkah bahagianya hidup jika aku menikmati kesemuanya. Setiap insan juga mahukan seperti itu. Itu sudah pasti! Tiba-tiba aku terlihat seekor anak kucing. Comel tetapi agak pelik sedikit kerana aku berasa hairan. Bulunya putih, lembut dan bertompok hijau. Ianya sangat menghairankan buat diriku. Adakah kucing berwarna hijau? Namun, ia sangat comel dan manja. Ku dakap dan ku belai ia hingga ia merasakan aku inilah tuannya. Lalu aku memberinya nama iaitu ILY.

Aku duduk di tepi tasik sambil di temani oleh Ily. Aku merenung jauh ketengah tasik sambil membelai Ily. Ily lena tidur bersama dengkurannya. Aku melihatnya seperti ada sesuatu yang tidak mungkin terjadi pada ku. Tiba-tiba keluar lagu Maher Zain. Aku hairan, mengapa ada lagu Maher Zain? Puas ku menoleh dan mencari kesana kesini tapi tiada apa-apa yang menunjukkan bunyi lagu tersebut. Ily terjun ke dalam tasik lalu ku terjerit,

“Ily!!”

Oh. Rupanya aku bermimpi tetapi mimpi ku sangat pelik. Lagu Maher Zain yang kudengar itu adalah deringan jam lonceng di telefon bimbitku. Argh,sungguh terkejut dibuatnya. Namun, aku terus merasa hairan, mengapakah aku menerima mimpi sebegitu? Adakah itu suatu pentanda yang buruk atau perasaan aku sahaja yang ingin memiliki seekor kucing menjadi teman?

Jenuh aku memikirkannya. Tidak lama kemudian, telefon ku berdering. Aku mengangkatnya dengan rasa mengantuk.

          “Hello..

          “Yang, da bangun ke belum?

          “Belum..

          “Pegi kelas tak ni?

          “Tak tahulah. Badan rasa macam sakit-sakit la.

          “Erm, tak apalah. Ayang rehat la dulu.

          “Abang, tadi ayang mimpi anak kucing.

          “Aik? Apa petandanya tu?

          “Tak tahulah.

          “Penah mimpi ke sebelum ni?

          “Tak.

          “Erm, tak apalah. Rehatlah dulu.

          “Ok.

Aku pun terus menyambung tidur. Jam 7.50 pagi baru aku bergerak dan terus bersiap untuk pergi ke kelas. Namun, aku asyik memikirkan tentang mimpi itu. Mengapa kucing itu bertompok warna hijau? Adakah jenisnya seperti itu? Hairan dan terus merasa hairan. Sehingga kini, ku masih tidak mendapat jawapan buat mimpiku itu. Aku terus membuat kesimpulan bahawa, "Mimpi Hanyalah Mimpi, Ianya Sekadar Mainan Tidur."

Rasa Hati Ini

Comfirm x faham,
sbb owg tu pun buat2 x fhm..
so, x pyh faham la..
sje up kt blog..
wat kenang2an..
nak tgk, dye igt ke x..
if x..
xpe laa..
sbb x semua yg ina rse dye nk fhm..
n ina rse, dye xnk fhm kot..
sbb pd dye, game, kje n diri dye je yg lgi penting.
Ina,xpenting pon pd dye..
hurm..
n jgn la beza2 kn Ina dgn owg lain, 
if owg tu lg baik,
lg take care dye..
wat pe dulu terima Ina?
Nape janji nak jage ina if xboleh nak jage perasaan Ina?
Napew?
Nape Ina boleh dengar semua yg dye minta sdgkan dgn Ina susah sgt2?
Ina mmg terkilan bila dye sebut, pasal membezakan ina dgn perempuan tu.
Faham..
Ina bukan sape2 pon..
but, don't said like that..
it's really hurt.

now, dye xdew pon nak tnye2 keadaan Ina.
xnak pun sejuk kn aty ina..
Lgikan nak pujuk ina.
Alasan je dye x pndai nak pujuk..
Benda tu boleh belajar n berusaha kot if dye BETUL2 SAYANG INA.
If x, dye ambil jalan mudah je la kate TAK TAHU & TAK RETI nk buat semua tu..
Betul ke dye SYG Ina?
If betul?
nape dye wat camni??
Sakit aty tawu x..
Faham x..
Nak kate sabar..
senang laa..
Ina boleh berSABAR.
but sampai bile Ina kena mengalah lagi?
Communication between us pon da RENGGANG.
Susah nak msg, call pon da susah nak pick up.
Suruh tunggu,
tp sampai bila?
If Ina xde perasaan SABAR ni,,
mmg Ina selalu marah la..
Sbb SABAR la Ina DIAM je..
tp, dye mcm anggap benda tu xpenah jdi?
Padahal, baru je smlm.
N rse nye, sakit aty ni pon susah nak hilang.
Lgi kn dye wat x tahu..
err,, nape Ina selalu kena mcm ni?
Owg nak kat Ina,
tp x menghargai Ina dgn sebaik2nye..
Ina demam pon, bukan dye tahu..
Ina yg cakap ina demam baru dye tahu..
tapi, dye x kisah pon Ina Sakit..
Ok, fine..
Ina rse sorg2 je la perasaan ni..
DIA??
xpeduli pon xpela..
nak wat camner lgi..
Da ina TAK PENTING PON..


" BB - Berhenti Berharap.

Letih,Bosan,Skit Aty,Bnci,Geram,X ckup tdo Sbb MENUNGGU. Smua sbb MENUNGGU, Rse da mcm TUNGGUL KAYU yg tgu mse nk kna bakor je @ buang je.

Mendiamkan Diri Saja. Itu Yang Termampu. Kalau Luahkan, Tak Beri Kesan Pape Pada Aku. Jadi, Diam & Tengok Apa Nak Jadi lagi Lepas Ni. Dan Sampai Bila Nak Berterusan Macam ni. Dan Sampai Bila Dia Nak Buat2 Tak Tahu Lagi.

xnak call dye lg, bia dye call sy.. penat da dgr pompuan lain yg angkat.. huh

its really hurt..

Fever Again.. hurm.. :(

Kenyang lepas makan Hati.

Dia kata, "Game lg penting.." so, aku ni xde dlm senarai yg penting la.. Sbb dia xde sebut pon.. hurm.. ok.. "


Thanks A Lot sbb buat saya macam ni..
Saya sangat2 menghargainya..
Kerana saya sudah BIASA merasakan SAKIT DIHATI BERSEORANGAN & TANPA PUJUK RAYU OLEH DIA.

Isnin, 25 April 2011

Katakanlah Wahai Hatiku

Setiap insan mahukan sebuah ikatan
Yang dipenuhi dengan kejujuran serta kasih dan sayang.
Dimana letaknya ukuran janji yang terungkap dari bibir setiap insan.
Yang tidak mengenal erti kesungguhan isihati..
Bahkan dengan setiap bait katanya sudah diragukan,
Inikan pula sebuah perjanjian.
Andai hati bisa berkata-kata,
Adakah lagi insan mahu mendustainya?
Katakanlah wahai hati,
Terangkanlah agar semuanya bisa jelas
Agar tiada lagi insan menangis merintih kesedihan lagi.
Agar semuanya bisa tenang walau ditengah kemarau yang panjang.
Katakanlah Wahai Hatiku..